-->

Thursday, September 22, 2022

author photo
Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 - Episod 40 (Akhir) Lakonan Dato' Aaron Aziz & Datin Elvina Mohamad - Slot Tiara | Drama berantai dengan jumlah episod penuh 40 Episod ini telah pun bersiaran di Astro Prima. Drama Slot Tiara kali ini berjudul Takdir Cinta Dhia. Gandingan terajui utama Dato' Aaron Aziz dan Datin Elvina Mohamad. 

Drama ini bergenre ngeri, jenayah dan keluarga di bawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Drama Takdir Cinta Dhia mulai bersiaran pada 12 September 2022. Disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, 6.00 pteng di Astro Prima.

Drama ini boleh ditonton secara langsung di saluran Astro Prima dan Ulangan Tayangan pada 11.00 (Isnin hingga Jumaat).

Drama Takdir Cinta Dhia juga boleh ditonton menerusi aplikasi sooka secara online.



Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 - Episod 40 (Akhir) boleh ditonton dengan memuat turun aplikasi sooka | https://sooka.my/en/watch/drama/details/takdir-cinta-dhia/1367406

Drama Takdir Cinta Dhia 
40 Episod Penuh
Slot Tiara - Astro Prima
Setiap Isnin - Jumaat (6:00 petang)
Ulangan (11:00 pagi)
Mulai siar : 12.09.2022

Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. 

Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. 

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, 

Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. 

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. 

Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.


Senarai Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia

  • Dato Aaron Aziz Sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle Sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada Sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri Sebagai Fikri
  • Khalida Balqis Sebagai Nadia
  • Faez Nick Sebagai Nick
  • Hanis Husna Sebagai Dr Intan
  • Daniel Dashuki Sebagai Darwin
  • Eddy Effrimz Sebagai Zack
  • Azri Iskandar Sebagai Ammar
  • Azhar Amir Sebagai Ruzman
  • Anuar Hamid Sebagai Imran
  • Azlina Ismail Sebagai Mak Ara


OST untuk drama Takdir Cinta Dhia

 OST untuk drama Takdir Cinta Dhia ialah Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa dan Aepul Roza. 

Drama Takdir Cinta Dhia  juga ada lagu sisipan.

  1. Angkara - Siti Nordiana
  2. Bagaimana - Muna Shahirah & Zack Zakwan
  3. Cinta Tak Bertepi - Sufian Suhaimi
  4. Cinta Khayalan - Wany Hasrita
  5. Sepi - Aina Abdul
  6. Nadi - Rahmat Damansari
  7. Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul
  8. Perit - Aliff Iskandar
  9. Sekali Lagi - Siti Nordiana & Nubhan




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post