-->

Friday, September 23, 2022

author photo

Drama Adakah Kau Menungguku Slot Lestary Baharu Gandingan Adam Lee & Wanna Ali | Bercinta bertahun-tahun tak semestinya ke jinjang pelamin. Inilah yang akan disampaikan dalam drama terbaru Slot Lestary akan datang. 

Drama Adakah Kau Menungguku ini akan mulai bersiaran 29 September 2022. Seperti biasa Slot Lestary TV3 akan ditayangkan 9.00 malam, setiap hari Rabu hingga Sabtu. 

Drama Adakah Kau Menungguku menggandingkan teraju utama Adam Lee dan Wanna Ali sebagai pelakon utama. 



TONTON LIVE TV3 Drama Adakah Kau Menungguku Episod 1 - Episod 15 (Episod Akhir) - https://www.tonton.com.my/live/tv3


Slot Lestary  TV3 : Drama Adakah Kau Menungguku
15 Episod Penuh
Setiap Rabu - Sabtu TV3
Mulai 29.09.2022 



Drama Adakah Kau Menungguku

Bercinta bertahun-tahun bukan tiket untuk dua sejoli menikmati alam perkahwinan. Itulah yang terjadi kepada Ariana dan Azman. 

Azman dipaksa kahwin dengan pilihan keluarganya. Akibat perkahwinan paksa  tersebut hubungan Ariana dengan kekasihnya selama lapan tahun berakhir.

Kehadiran Ikmal telah mengubah hidup Ariana setelah takdir menghubungkan Ariana dan dia. Adakah dia pasangan yang sempurna untuknya? 


Sinopsis Drama Adakah Kau Menungguku

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. 

Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. 

Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. 

Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Jangan lupa saksikan Adakah Engkau Menungguku mulai 29 September 2022, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post