-->

Friday, August 19, 2022

author photo

Sinopsis Drama Honey-Moon Episod 20 (Episod Akhir) - Lakonan Ben Amir & Zara Zya : Slot Lestary TV3 dengan judul baru Drama Honey-Moon akan siar malam ini 16 Julai 2022, 9.00 malam di tv3. Gandingan mantap Ben Amir dan Zara Zya. 

Drama Adaptasi Novel Honey-Moon karya Norharyati Isyak. Kisahnya bermula dengan gadis yang berbadan saiz XXL yang jatuh cinta pandang pertama. Rupanya si jejaka menaruh hati kepadanya. Dalam sedar tak sedar....jejaka tersebut adalah tunangnya...

Apa tunggu lagi...jangan lupa menonton Slot Lestary terbaru Drama Honey-Moon di saluran tv3.

Drama Honey-Moon Episod 20 :  Jiman membawa Moon ke hotel kediamannya. Ilham mencari jalan dan meminta tolong ibu bapa Jiman untuk buat Jiman segera balik ke kampung halaman.

Bapa Jiman menelefon Jiman dan memberitahu bahawa ibunya sedang sakit tenat. Untuk mengukuhkan lagi rancangan Ilham bapa Jiman merayu agar Jiman segera balik.

Jiman mengikat Moon sorang diri di bilik hotel. Sementara Jiman bergerak pulang ke kampung untuk bertemu ibunya.

Sampai di kampung, Jiman segera memanggil ayahnya. Kemudian Ilham muncul dan Jiman mahu melarikan diri. Namun terus ditangkap oleh Ilham. 

Jiman memberitahu di mana dia menyembunyikan Moon kepada Ilham. Ilham mencari lokasi Moon dan melihat Moon dalam keadaan terikat.

Ilham dan Moon kembali ke kampung. Mereka bertengkar lagi. Ilham memberitahu untuk berpisah sementara. Sebulan Ilham tidak menghubungi Moon. Moon semakin merindui Ilham. Begitu juga dengan Ilham.

Untuk menangkap Dato Zul, Ilham memohon Darina membantu. Akhirnya dengan bantu Darina Dato Zul ditangkap. 

Ilham kembali ke kampung mencari Moon. Tetapi Moon tetap dengan egonya menghalau Ilham. Ilham yang merasakan Moon degil dan tidak hormatkannya sebagai suami terus meminta izin untuk balik ke Kuala Lumpur.

Tidak lama seperti kepergian Ilham, Moon jatuh sakit dan tidak mahu makan. Heyfa dan keluarga membawa Moon ke hospital. Ilham tahu Moon sakit dan melawat, tetapi dihalau oleh Moon. 

Ilham sekali lagi pulang ke Kuala Lumpur. 

Pulang dari Hospital, Moon mencari Ilham tetapi bapa memberitahu Ilham sudah balik ke Kuala Lumpur.

Moon sedih dan berlalu ke bilik. Pada malamnya, Moon rindukan Ilham. Tiba-tiba Ilham muncul di depan bilik dan menghampiri Moon.

Moon memohon maaf kepada Ilham atas apa yang dilakukan terhadap Ilham. Ilham berjanji tidak akan meninggalkan Moon lagi.

Maira kembali ke kampung untuk bertemu ibunya. Apa yang mengejutkan ibunya Maira membawa seorang lelaki bersaiz XXL untuk diperkenalkan kepada ibunya. Ibunya tidak dapat terkejut lalu pengsan.

Moon dan Ilham kembali bahagia. Moon bermimpi dia kurus.

Tamat....

Siri Honey-Moon akan menyusul...seperti yang dimaklumkan oleh Moon di akhir episod tadi...








Drama Honey-Moon Episod 1 - Episod 20 (Episod Akhir) =  https://www.hotstar.com/my/1260107646


Sinopsis Drama Honey-Moon

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.  

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post