-->

Tuesday, August 2, 2022

author photo

Drama Risik Pada Hati Episod 28 (Episod Akhir) Adam Ceraikan Hayfa  : Gandingan Alif Satar, Ummi Nazeera & Zara Zya - Slot Akasia Akan Datang | Drama baru berjudul Risik Pada Hati merupakan Drama Adaptasi Novel hasil karya Hanni Ramsul. Drama Risik Pada Hati ini akan menampilkan gandingan Alif Satar dan Ummi Nazeera sebagai terajui utama. 

Esok hari terakhir Drama Risik Pada Hati bersiaran. Adam dah lafazkan cerai. Bagaimana pula nasib Hayfa. Aisya mungkin akan salahkan dirinya sebab semua itu berpunca darinya.

Kalaulah dia tidak setuju untuk menjadi isteri kedua Adam. Mungkin perkara itu dapat dielakkan. Memang dia cintakan Adam sejak kali pertama lagi bertemu Adam. Tetapi bila tahu Adam suami orang. Terus Aisya menjauhkan diri.

Sinopsis Drama Risik Pada Hati Episod 28 : Adam sah bercerai dengan Hayfa. Aisya ke rumah Suhara dan ingin memujuk Hayfa kembali dengan mereka.

Namun Hayfa menolak. Dan bagi dia masa untuk dirinya sendiri. Aisya meminta Adam memujuk Hayfa. Namun Hayfa masih tiada kata putus. Sama ada mahu rujuk atau tidak.

Hayfa disahkan mengandung. Dan Hayfa bersyukur dan gembira. Biarpun diceraikan oleh Adam atas kehendak dia sendiri, dia tetap bahagia. Berita kegembiraan tersebut dikongsinya kepada Puan Hanani dan Suhara.

Hayfa mengadakan pertemuan antara mereka bertiga. Namun dipertemuan tersebut, Hayfa menolak pun rujuk kembali dengan Adam. Dia ikhlas melepaskan Adam untuk Aisya. Hayfa memberitahu Adam dan Aisya berkenaan kandungannya. Dan Adam gembira serta meminta Hayfa jangan tinggalkan dia.

Namun Hayfa nekad untuk pergi dari Adam. Setelah 8 bulan, Hayfa melahirkan anak perempuan. Biarpun penceraian berlaku, namun Adam dan Hayfa sama-sama menjaga anak. 

Aisya mengandung anak kedua.

Biarpun mereka tidak bermadu, keakraban Aisya dan Hayfa masih seperti dahulu. 

Pengajaran dari cerita, cinta tak semestinya memiliki. Cinta dan sayang membuatkan kita tahu erti pengorbanan. Dan bermadu bukannya senang bagi seorang wanita. Jadi lelaki perlu adil dan sentiasa hargai wanita bergelar isteri.

  


DRAMA RISIK PADA HATI
28 EPISOD PENUH
MULAI SIAR : 27.06.2022 
SLOT AKASIA TV3, 7.00 MALAM

TONTON ONLINE DRAMA RISIK PADA HATI EPISOD 1 HINGGA EPISOD 28 (EPISOD AKHIR ) 🔛🔛🔛https://www.hotstar.com/my/tv/risik-pada-hati/1260106031



Sinopsis Drama Risik Pada Hati 

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam

"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa

"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya

Namun, bermakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?  

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post