-->

Monday, August 15, 2022

author photo

Drama Ku Punya Hati Episod 8 - Rahsia Perkahwinan Mereka Terbongkar | Drama Risik Pada Hati berbaki tiga episod lagi. Pastinya drama terbaru akan bersiaran dengan judul Ku Punya Hati. Drama bersiri Ku Punya Hati tampil dengan gandingan Nabil Aqil dan Sharifah Rose sebagai terajui utama.


Sinopsis Ku Punya Hati Episod 8 : Rashidah bersetuju untuk mengahwini Noah. Namun perkahwinan mereka terpaksa dirahsia. Ini kerana kontrak Rashidah belum tamat lagi di syarikat Noah dan satu lagi syarikat yang lain.


Perkahwinan mereka hanya diketahui oleh Angah, Airis dan Mama. Perkahwinan mereka berlangsung di Thailand. Sejak berkahwin Rashidah mula menerima Noah sebagai suaminya. Namun apabila di ofis. Hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan majikan.


Pada suatu hari, Jess datang ke pejabat Noah. Pertemuan mereka membuat Rashidah mula cemburu. Maklumlah dia kan isteri Noah. Namun ada perempuan lain yang tergedik-gedik dengan Noah. 

Trisha, gadis yang dijodohkan dengan Noah. Akan tetapi Noah tidak menerima Trisha. Trisha kembali ke Malaysia, dan bertemu dengan Noah di pejabatnya. Waktu itu, Rashidah pun ada. 


Bila melihat Rashidah, Trisha mulai memarahinya. Maklumlah pertemuan mereka kali pertama di kedai bunga mama bukanlah baik. Pertemuan itu membuatkan mereka bergaduh. Dan Rashidah keluar dari ofis. Trisha mengejar dan ingin memberi amaran. Namun, Rashidah memberitahu bahawa dia isteri Noah yang sah.






DRAMA KU PUNYA HATI EPISOD 1 - EPISOD 28 (FULL EPISOD) | https://www.hotstar.com/my/tv/ku-punya-hati/1260108928

Drama Ku Punya Hati akan mulai siar 04 Ogos 2022. Bersiar sebanyak 28 episod penuh. 
Seperti biasa slot akasia bersiaran 7.00 malam di tv3.

Antara para pelakon yang menjayakan Drama Ku Punya Hati, Nabil Aqil, Sharifah Rose , Luqman Hafidz, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Hafidz Roshdi, Ahmad Ezzrin Loy, Zila Bakarin, Azri Iskandar, Salina Saibi, Nina Nadira, Alya Iman, Ainin Batrisya, Ieda Moin, Silfeny Osman



Sinopsis Ku Punya Hati

Mengisahkan kehidupan tiga adik beradik yang hidup bersendirian setelah kehilangan kedua orang tuanya. Along menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, terpaksa menyara kehidupan mereka tiga beradik. 

Setelah menguruskan keperluan adik-adiknya, Along akan keluar bekerja di sebuah kedai bunga.

Biarpun pendapatan tidak seberapa, Along tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk adiknya.

Noah, anak orang kaya yang serba serbi ada. Malahan punya syarikat sendiri, namun masih baru dan perlukan kerja keras untuk dibangunkan.

Angah ingin membantu kakaknya dengan membuat bisnes dalam talian. Gara-gara kekurangan bajet Angah meminta bantuan Abang Jef. Akan tetapi Abang Jef meminjam dengan Along dan  Angah jadikan sebagai penjamin. 

Setelah mendapat duit pinjaman tersebut Abang Jep melarikan diri bersama wang tersebut. Dan Angah menjadi mangsa keadaan. 

Angah kena culik Along gara berhutang pinjaman sebanyak 15 ribu. Along meminta Angah menghubungi kakaknya untuk melunaskan hutang tersebut. 

Akan tetapi, kakaknya tiada duit dan terpaksa bekerja di kelab malam untuk melunaskan hutang adiknya. Sejak itu, hidup Along (Rashidah) kucar-kacir. Pertemuannya dengan Noah lagilah membuatkan kehidupan lebih kucar-kacir.

Asalan jumpa saja, mesti bertengkar. 

Pada suatu malam, Noah bertemu dengan Rashidah di kelab Malam. Dan kawan-kawan Noah dan Ray punya rancangan untuk memalukan Noah dan Rashidah. 

Rashidah diberikan ubat tidur. Noah pun mabuk. Gambar Noah bersama Rashidah diambil oleh kawan-kawan Noah.

Apakah yang sebenarnya akan berlaku? 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post