-->

Wednesday, August 17, 2022

author photo

Drama Honey-Moon Episod 18  & Sinopsis Drama Honey-Moon Episod 18 : Lakonan Ben Amir & Zara Zya : Slot Lestary TV3 dengan judul baru Drama Honey-Moon akan siar malam ini 16 Julai 2022, 9.00 malam di tv3. Gandingan mantap Ben Amir dan Zara Zya. 

Drama Adaptasi Novel Honey-Moon karya Norharyati Isyak. Kisahnya bermula dengan gadis yang berbadan saiz XXL yang jatuh cinta pandang pertama. Rupanya si jejaka menaruh hati kepadanya. Dalam sedar tak sedar....jejaka tersebut adalah tunangnya...

Apa tunggu lagi...jangan lupa menonton Slot Lestary terbaru Drama Honey-Moon di saluran tv3.

Drama Honey-Moon Episod 18 :  Temberang Maira telah diketahui oleh keluarga Moon dan Nek Jarah. Ingatkan dapat kahwin free dengan Ilham. Tapi dapat yang sebaliknya. 

Ibu bapa mertua Ilham memohon maaf kepada Ilham sebab tidak percayakan Ilham. Namun Ilham masih merajuk dengan Moon. Sebab Moon tidak meminta maaf apabila diberikan peluang. 

Moon mengikut Ilham balik ke Kuala Lumpur. Namun Ilham masih dingin dan tidak pedulikan Moon. Moon masak pun tidak dimakan sedikit pun. 

Maira pula dibuang kerja akibat selalu tidak datang bekerja. Sibuk mengejar Ilham. Sedangkan Ilham dah bernikah dengan Moon. 

Moon berdiet....tiba-tiba pengsan. 





Drama Honey-Moon Episod 1 - Episod 20 (Episod Akhir) =  https://www.hotstar.com/my/1260107646


Sinopsis Drama Honey-Moon

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.  

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post