-->

Saturday, August 13, 2022

author photo

Drama Honey-Moon Episod 17 : Lakonan Ben Amir & Zara Zya : Slot Lestary TV3 dengan judul baru Drama Honey-Moon akan siar malam ini 16 Julai 2022, 9.00 malam di tv3. Gandingan mantap Ben Amir dan Zara Zya. 

Drama Adaptasi Novel Honey-Moon karya Norharyati Isyak. Kisahnya bermula dengan gadis yang berbadan saiz XXL yang jatuh cinta pandang pertama. Rupanya si jejaka menaruh hati kepadanya. Dalam sedar tak sedar....jejaka tersebut adalah tunangnya...

Apa tunggu lagi...jangan lupa menonton Slot Lestary terbaru Drama Honey-Moon di saluran tv3.

Drama Honey-Moon Episod 17 - Moon tidak percaya Ilham. Itu yang buat Ilham berjauh hati. 

Sebelum balik ke Kuala Lumpur, Ilham sempat ke rumah Maira untuk mengambil pita perakam yang dipasangnya. 

Pada malamnya Ilham menemui Moon dan memberi dia akan pula ke Kuala Lumpur. Terserah Moon nak mengikut atau tidak. 

Moon tidak mahu mengikut, tetapi didesak oleh bapanya. Bapa Moon memberitahu, jangan menyesal sekiranya sebaliknya yang berlaku kepada Ilham.

Ilham memberikan masa seminggu untuk Maira memberitahu kebenaran. Tetapi Maira tetap tidak berganjak dari keputusannya.

Moon pun diberikan seminggu untuk meminta maaf kepada Ilham. Kerana tidak percaya kepada suami sendiri. 

Setelah seminggu, Moon masih dengan keputusannya. Maira pun sama. Inilah masa Ilham bertindak. 

Ilham membawa Moon balik ke kampung. Maira dan ibunya dihubungi untuk datang ke rumah keluarga Moon. 

Di situlah Ilham membongkar apa yang sebenarnya berlaku. Moon terkejut dengan apa yang didengarnya. 


Bersambung....temui minggu akhir Honey Moon Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)







 




 Drama Honey-Moon Episod 1 - Episod 20 (Episod Akhir) =  https://www.hotstar.com/my/1260107646


Sinopsis Drama Honey-Moon

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.  

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post