-->

Friday, August 12, 2022

author photo

Drama Honey-Moon Episod 16 : Lakonan Ben Amir & Zara Zya : Slot Lestary TV3 dengan judul baru Drama Honey-Moon akan siar malam ini 16 Julai 2022, 9.00 malam di tv3. Gandingan mantap Ben Amir dan Zara Zya. 

Drama Adaptasi Novel Honey-Moon karya Norharyati Isyak. Kisahnya bermula dengan gadis yang berbadan saiz XXL yang jatuh cinta pandang pertama. Rupanya si jejaka menaruh hati kepadanya. Dalam sedar tak sedar....jejaka tersebut adalah tunangnya...

Apa tunggu lagi...jangan lupa menonton Slot Lestary terbaru Drama Honey-Moon di saluran tv3.

Drama Honey-Moon Episod 16 - Moon masih di kampung. Inilah peluang Maira untuk mengenakan Ilham. Yang penting dapat nikah dengan Ilham. 

Maira ke rumah Ilham dan berpura sakit kepala. Ilham membantu dan membawa Maira masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba datang sekumpulan AJK Kampung menyerbu rumah Ilham. Dalam pada itu, AJK Kampung memberikan amaran.

Sebenarnya, AJK Kampung tersebut adalah orang upahan Maira. 

Di kampung keluarga Moon dan Moon mendengar khabar tersebut daripada ibu Maira. Kemudian, ibu Maira menyuruh Maira balik kampung dan bapa mertua juga menyuruh Ilham untuk kembali ke kampung.

Baginya biarlah kedua-dua pihak bercerita. 

Maira sekali lagi membuat fitnah dan memberitahu Ilham menyuruh dia datang ke rumah.

Nek Jarah memaksa Ilham mempertahankan diri. Namun Ilham hanya menjawab. Memang Maira ada datang ke rumahnya. Apa yang berlaku sebenarnya, Ilham hanya mengunci mulut.

Ilham ada rencana tersendiri untuk mempertahankan dirinya. Ilham ke rumah Maira dan berpura-pura ingin menyelesaikan masalahnya dengan Maira. Rupanya di sebalik kehadirannya, Ilham meletakkan alat perakam di bawah meja rumah Maira. Dengan cara itu, maka terungkailah segala kisah.

Ilham ke rumah Moon. Bapa mertua Ilham menyuruh Moon keluar bilik. Tetapi Moon menolak. Lantas Ilham menyerbu masuk ke dalam bilik.






 




 Drama Honey-Moon Episod 1 - Episod 20 (Episod Akhir) =  https://www.hotstar.com/my/1260107646


Sinopsis Drama Honey-Moon

Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri.

Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…

Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…

Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.

“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON

Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.

Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.  

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post