-->

Tuesday, August 9, 2022

author photo

Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 - Episod 20 (Episod Akhir) | Slot Samarinda tv3 : Tampil dengan slot samarinda dengan Judul Biarkan Ia Pergi. Drama Biarkan Ia Pergi, menampilkan gandingan gandingan Amar Baharin dan Isyariana sebagai pelakon utama.

Drama Biarkan Ia Pergi mengisahkan kehidupan seorang gadis yang ternoda akibat salah faham dendam seorang lelaki kepada sepupu teman baiknya. Akibat itu dia disisih keluarga sendiri dan hidup sendirian di bumi asing.



DRAMA BIARKAN IA PERGI FULL EPISOD (EPISOD 1 - EPISOD 20)
SLOT SAMARINDA TV3
AKAN DITAYANGKAN 20 EPISOD PENUH

BOLEH DITONTON MENERUSI APLIKASI DISNEY + HOTSTAR | https://www.hotstar.com/my/tv/biarkan-ia-pergi/1260109461


Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi

Allisa gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.


Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.


Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara. Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.


Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu. Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya. Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post