-->

Tuesday, August 2, 2022

author photo

Drama Ash & Aish Gandingan Meerqeen & Siti Khadijah Halim - Slot MegaDrama | Karya adaptasi novel berjudul Ash & Aish. Akan mula ditayangkan 10 Ogos 2022 akan datang menerusi Slot MegaDrama Astro Ria. 

Drama Ash & Aish merupakan adaptasi novel karya penulis Maya Adira. Menampilkan gandingan utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim. 

Drama terbitan Suhan Movies & Trading. diarahkan oleh Helmi Yusof.




Judul Drama : Drama Ash & Aish
Adaptasi Novel Karya Maya Adira
Slot MegaDrama Astro Ria



SINOPSIS DRAMA ASH DAN AISH

Mengisahkan kehidupan Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. 

Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. 

Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. 

Ashrafi terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. 

Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.


SINOPSIS NOVEL ASH DAN AISH

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post