-->

Wednesday, July 6, 2022

author photo

Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 7 : Drama Tarik Aku Ke Syurga karya penulis Haitun Kamarazaman akan menyusul Drama Kerana Aku Isteri Bidaan, mulai 23 Jun 2022 (Khamis). 


Drama Tarik Aku Ke Syurga menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam sebagai tunggak utama.

Kisah bermula, Zamri seorang lelaki yang sangat tergila-gila perempuan dan selalu bertukar pasangan. Hinggakan ibunya terpaksa mencari calon yang sesuai untuk Zamri. Demi kebahagiaan ibunya Zamri menurut biarpun dia sendiri belum bersedia menjadi seorang suami. 


Judul Drama : Tarik Aku Ke Syurga
Pelakon Utama : Zul Ariffin & Nelissa Nizam
Jumlah Episod : 28 Episod 
Tarikh Mulai Siar : 23.06.2022 (Khamis), Slot Samarinda TV3 (Isnin hingga Khamis)



Tonton Drama Tarik Aku Ke Syurga Episod 1 - Episod 28 (Akhir) -  https://www.iq.com/album/tarik-aku-ke-syurga-2022-1wvr4zrsvl9?lang=ms_my



Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga 

Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

 “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
 
Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu,  Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

Adakah Zamri mampu berubah?

Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?

Atau adakah cinta mengatasi segalanya? 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post