Drama Jodohku Babysitter Lakonan Intan Najuwa & Aliff Aziz - SlotMegaDrama : Drama baru adaptasi Novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad.
Drama Jodohku Babysitter akan bersiar menerusi SlotMegeDrama Astro. Tampil dengan teraju utama Intan Najuwa dan Aliff Aziz.
Drama Jodohku Babysitter, mengisahkan kehidupan Adam selepas bercerai dengan isterinya. Adam duda yang mempunyai tiga orang anak yang berusaha untuk menjaga anak-anaknya dengan kasih sayang.
Setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.
Sinopsis Novel jodohku Babysitter
Cinta pandang pertama? Karut!
Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!
"Walaweh, ni rumah ke zoo?" - Adel
"What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?" - Adam
Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.
"Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat." - Adam
"Encik ni memanglah, wayar putus." - Adel
Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.
Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah 'satu rahsia' yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.
This post have 0 komentar
EmoticonEmoticon