-->

Thursday, June 30, 2022

author photo

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem - Cerekarama : Menerima cahaya mata perkara pertama yang amat diidamkan semua wanita. Kehadiran cahaya mata adalah penyeri kehidupan. Malam sabtu akak datang kita akan disajikan dengan Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem yang akan bersiar menerusi Slot Cerekarama TV3.

Tampil dengan gandingan pelakon Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Jangan nantikan, konflik seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak-anaknya.



SINOPSIS MENCARI SIRATUL MUSTAQEEM
Mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga. Dia juga mahu tumpukan perhatian pada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. 

Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan.

Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post