-->

Saturday, June 25, 2022

author photo

Telefilem Langit Gandingan Eira Syazira & Azad Jasmin - Cerekarama TV3 : Ada yang tak puas hati lagi dengan Episod Akhir Drama Bisik-Bisik Gelora dan berharap ada lagi siri kedua. Nah malam ini akan menyusul lagi kisah pasangan suami isteri. Cerekarama Langit, mengisahkan kehidupan seorang isteri yang terpaksa bekerja selepas kematian suaminya. Demi menyara dua orang anaknya. Telefilem Langit, juga menyingkap kisah di mana masyarakat memandang sinis kepada isteri yang kehilangan suami. Namun isteri tetap bertahan hari demi hari. 

Telefilem Langit tampil gandingan lakonan Eira Syazira dan Azad Jasmin.

Akan disiar 25 Jun 2022 (Sabtu) pukul 10 malam di TV3.


Sinopsis Telefilem Langit - Cerekarama TV3

Bangkit dari kehilangab suami tercinta bukan mudah untuk sang isteri. Namun dari nampak lemah terus bangkit menjadi kuat. Demi anak-anak Raziah nekad bangkit untuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan harian mereka.

Biarpun dari sudut lain, ramai suara-suara sinis menghinanya. Tapi Raziah tetap bertahan.

Benar kata orang...yang lemah tak semestinya akan lemah untuk selamanya.

Dari zero ke hero, menceritakan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post