-->

Friday, June 24, 2022

author photo

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 35 (Episod Akhir) : Episod Akhir Bisik-Bisik Gelora (Episod 35) ditayang malam ini di tv3. 

Hasil karya penulis Fauziah Ashari dengan judul yang sama. Sangat menarik dan ramai yang terbawa dengan emosi ketika menonton.

Drama Bisik-Bisik Gelora  tampil mengandingkan Redza RosliRaysha Rizrose dan Gambit Saifullah. 

Mulai bersiar pada 21 Mei 2022 menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3.



Sinopsis Bisik-Bisik Gelora Episod 35 (Episod Akhir)

Selepas ditikam Wari, Jad koma dan Arumi setia menanti di sisinya. Menjaga Jad satu pengorbanan betapa Arumi menyintai dan menyayangi Jad.

Kematian Fakhril membongkar segala apa yang dilakukan oleh  Fakril terhadap Arumi. Dato Nuh serba-salah dan mencari Arumi untuk memohon maaf dengan apa yang berlaku. Arumi bersedia memaafkan.

Yahya kawan baik Jad datang menziarahi Jad ketika berada di hospital. Arumi terus keluar dari bilik Jad. Sedangkan Wari menanti peluang untuk membunuh Jad. 

Kehadiran Wari disedari oleh Yahya dan beliau membantu Jad dari ancaman Wari yang penuh dengan dendam. Akibat pergelutan tersebut Yahya meninggal kerana ditikam oleh Wari. Dan akhirnya Wari ditangkap.

Setelah setahun berlalu, akhirnya Jad sedar dari koma. Ketika sambutan hari jadi Akif, Jad meluahkan rasa sayang dan cinta kepada Arumi. Arumi terimbau kenangan di saat dia diperlakukan kejam oleh Jad. 

Jad memberikan hadiah, akan tetapi Arumi menolak. 

Jad menyoal, kenapa tidak menerima pemberiannya. 

Arumi menyatakan, hanya satu sahaja hadiah yang dia mahukan iaitu "melepaskannya dengan cara yang baik" (Minta Cerai). Hanya itulah kebahagiaannya. 

Di saat akhir drama, Jad dan Arumi bercerai. Arumi bahagia hidup dengan Akif. Jad dan Arumi tidak akan bersama selamanya. 

Tamat...

u.p : Tertiba admin rasa drama ini akan ada siri 2 pula..


Live Tonton Drama Bisik-Bisik Gelora Episod 1 - Episod 35 (Akhir) - https://www.xtra.com.my/live-tv/

p/s : Live TV3 boleh ditonton mulai jam 7.00 malam


Tonton Drama Bisik-Bisik Geloran Episod 1 - Episod 35 (FULL EPISODE) - https://www.hotstar.com/my/tv/bisikbisik-gelora/1260102752

P/S : Video Hotstar Disney Bisik-Bisik Gelora dikemaskini jam 7.00 pagi @ 8.00 pagi...jangan lupa melanggan. 



Sinopsis Drama Bisik-Bisik Geloran :

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. 

Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. 

Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. 

Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.


Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.


Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.


Takdir Allah SWT, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post