-->

Sunday, June 26, 2022

author photo

Filem Mat Kilau-Kebangkitan Pahlawan : Sejak ditayangkan 23.06.2022 yang lepas, Filem Mat Kilau memperoleh sambutan pada hari pertama siaran dengan kutipan terbesar 1 juta. 

Filem Mat Kilau sebuah filem epik sejarah Malaysia di bawah arahan Syamsul Yusof. 

Diterajui oleh Adi Putra (Mat Kilau) sebagai pelakon utama. Filem Mat Kilau diilhamkan dari sejarah MalaysiaMat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan. Filem ini ditayangkan pada 23 Jun 2022.



Senarai Pelakon Filem Mat Kilau -Kebangkitan Pahlawan

  • Adi Putra sebagai Mat Kilau
  • Beto Kusyairy sebagai Wahid
  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Johan As'ari sebagai Yassin
  • Ali Karimie sebagai Brahim
  • Yayan Ruhian sebagai Toga
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers
  • Khir Rahman sebagai Usup
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh
  • Jalaluddin Hassan sebagai Haji Muhammad
  • Nam Ron sebagai Haji Sulong
  • Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman
  • A. Galak sebagai Pak Deris
  • Farah Ahmad sebagai Yang Chik
  • Harith Haziq sebagai Omar
  • Zarina Zainoordin sebagai Rokiah
  • Ellie Suriati sebagai Ibu Yassin (kameo)
  • Mubarak Majid sebagai Ayah Yassin (kameo)
  • Farid Amirul sebagai Goh Hoi
  • Siraj Alsagoff sebagai Shidu
  • Z. Zamri sebagai Mat Kelubi
  • Wan Suhaimi sebagai Hitam


Sinopsis Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan

Filem Mat Kilau, menggunakan latar belakang tahun 1892 ketika penguasaan pihak penjajah British di tanah-tanah negeri Pahang.

British mengeksploitasi kekayaan hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dengan mengenakan cukai kepada para peniaga dan mengaut hasil bumi penduduk serta bercampur tangan dalam urusan adat dan agama mereka.

Tindakan tersebut dilakukan pihak British tanpa persetujuan orang-orang Melayu di Pahang dan telah menyebabkan orang-orang Melayu bertindak melawan pihak British.

Atas semangat untuk mempertahankan tanah Melayu dan bebas dari terus dijajah, Mat Kilau, seorang pahlawan Melayu bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, berjuang menentang pentadbiran British.

Konflik dan tekanan dihadapi oleh pihak British berikutan rancangan penentangan Mat Kilau dan Tok Gajah yang bijaksana bertukar menjadi pertempuran yang sengit.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post