Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 - Slot MegaDrama Akan Datang | Drama terbaru dengan Judul Setelah Terlafaznya Akad 2. Drama ini kesinambungan dari siri 1 yang lepas. Untuk siri baru yang akan siar menerusi Slot MegaDrama, Setelah Terlafaznya Akad 2 masih mengekalkan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 akan menggantikan Drama Jangan Menangis Cinta.
Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu.
Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.
“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan
Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.
Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.
“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan
Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.
“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan
“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal
Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.
Drama Setelah Terlafaznya Akad
28 Episod
10.00 malam
Isnin hingga Khamis
Pelakon Utama : Kamal Adli & Uqasha Senrose
Tonton Online Drama Setelah Terlafaznya Akad Episod 1 - Episod 28 (Episod Akhir)
boleh tonton di link - https://sooka.my/en/watch/drama/details/setelah-terlafaznya-akad/1304996
SINOPSIS DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.
Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.
Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.
SINOPSIS NOVEL SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri. Tetapi, kali ini Nawal tidak lagi berkahwin pondok apabila dia jatuh cinta berkali-kali dengan Hanan. Dia tidak rela berpisah dengan Hanan. Untuk itu, dia perlu menjadi wanita sempurna di mata lelaki itu. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya dan anak mereka.
This post have 0 komentar
EmoticonEmoticon