-->

Thursday, May 19, 2022

author photo

 Drama Juliet Episod 1 - Episod 26 Gandingan Redza Rosli & Rita Nadira - Slot Widuri : Slot Widuri Terbaru Berjudul Juliet. Gandingan Redza Rosli dan Rita Nadira sebagai tunggak utama. Mula bersiaran pada 03 Mei 2022. 


Drama Juliet memaparkan kisah pasangan adik-beradik kandung yang terpisah. Malahan mereka merupakan pasangan kekasih tanpa mereka sedari mereka adalah adik beradik kandung. 

Drama Juliet ini akan bersiaran sebanyak 26 episod penuh menerusi Slot Widuri RMT.

Juliet tv1

Slot Widuri - Drama Juliet Episod 1 - Episod 26 (Akhir) FULL EPISOD boleh ditonton pada link ini -https://rtmklik.rtm.gov.my/series/2-18905


Sinopsis Drama Juliet Episod 1 - Hubungan cinta Julia dan Ashraff terputus selepas terbongkar rahsia mereka sebenarnya adalah adik-beradik. Keduanya terpisah akibat daripada konflik kisah silam mereka. Namun tanpa mereka ketahui, tersembunyi hakikat lain tentang hubungan itu. Lakonan Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Azzarima, Shah Iskandar, Khairil Anwar, Mak Jah dan Scha Eliana.

Sinopsis Drama Juliet Episod 2 - Puan Matilda inginkan cucu dari Arif dan Mina. Namun, adik beradik Arif tidak suka pada Mina kerana Mina mempunyai niat jahat pada keluarga mereka walaupun Mina menantu pilihan Puan Maltilda.


Sinopsis Drama Juliet Episod 3 - Mariam selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakan Julia. Mina sebenarnya terpaksa mengambil Ashraf kerana mahu membalas dendam pada keluarga Matilda dan inginkan harta mereka.


Sinopsis Drama Juliet Episod 4 - Arif dan Mina terlibat dalam kemalangan dan Arif meninggal dunia. Mariam mengesyaki Ashraf bukan anak kandung Arif dan Mina.


Sinopsis Drama Juliet Episod 5 - Ashraf datang ke rumah Julia untuk memulangkan semula pas pelajarnya. Mariam tidak suka dengan kehadiran Ashraf.


Sinopsis Drama Juliet Episod 6 - Mariam memberitahu Ashraf bahawa Julia akan berkahwin tidak lama lagi. Mariam juga memberitahu Julia bahawa Ashraf sudah punya kekasih. Mariam berbuat demikian kerana tidak mahu mereka berkawan.


Sinopsis Drama Juliet Episod 7 - Mariam dan Salleh telah menceritakan segalanya pada Julia perkara yang terjadi 20 tahun yang lalu. Tokma mahu Ashraf berkahwin dengan Lily, sepupunya. Namun Ashraf tidak bersedia kerana dia telah ada pilihan hatinya sendiri.


Sinopsis Drama Juliet Episod 8 - Tokma meminta Julia bekerja di syarikatnya. Asraf tidak suka dengan kehadiran Julia di pejabat dan mengesyaki Julia mempunyai muslihat.


Sinopsis Drama Juliet Episod 9 - Salleh meminta Mariam memberitahu perkara sebenar kepada Julia dan Ashraf yang mereka bukan adik beradik tetapi Salleh telah ditembak mati. Julia ingin bersama ibunya kerana tidak sanggup tinggal bersama Matilda dan membuat keputusan untuk menguruskan syarikat seperti mana yang diamanahkan oleh Tokma kepadanya.

Sinopsis Drama Juliet Episod 10 - Mariam telah datang ke rumah Tokma untuk berjumpa Julia tetapi dihalau oleh Tokma dan Vee. Tokma ingin menetapkan tarikh perkahwinan Ashraf dengan Lily tetapi Ashraf tidak mahu kerana dia mencintai Julia.



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post