-->

Wednesday, May 18, 2022

author photo

Drama Do You Love Me, Captain Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 : Drama adaptasi novel karya Sophilea bakal menemui penonton slot lestary tv3. Akan bersiar mulai 13 April 2022 ini. Menampilkan gandingan Sharifah Rose dan Ali Rezark. 



Drama Do You Love Me, Captain 
Slot Lestary TV3
9.00 malam setiap Rabu hingga Sabtu
25 Episod Penuh

Tonton Online Drama Do You Love Me, Captain Episod 1 - Episod 28 (Akhir) - Do You Love Me, Captain? on Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260097067

Sinopsis Do You Love Me, Captain 

"Crash landing on you? Tiba-tiba jodoh dari langit?" Merepek! Kapten Udara Darish Dzaqri menjeling sahabatnya yang terjebak dengan drama Korea itu.

"Jangan cakap besar, takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik."

Darish cuma tersenyum mengejek. Pemikiran Darish, mengikut disiplin seorang tentera. Fikir logik bukan khayalan.

Namun, takdir menentukan tatkala dia pergi bercuti di rumah tepi pantainya, seseorang telah menceroboh rumahnya dan dia muncul dari dalam almari.

"Keluar atau saya heret ke balai." - DARISH DZAQRI

"Jangan! Maaf, saya cuma tumpang berteduh..." - DANEENA DURRA

Darish mati akal. Mahu percaya atau sumbat ke penjara? Daneena dibantu meskipun hati tertanya-tanya.

"Anggap saja takdir yang bawa saya ke mari."

Bila keluarga dan bakal isterinya muncul, Darish perkenalkan Daneena sebagai pembantu rumah atas permintaan Daneena sendiri.

Darish kembali ke kem buat seketika. Daneena dibenarkan tinggal di situ selama mana dia mahu. Dan saat Darish datang semula ke rumah pantainya, yang ada cuma nota ditinggalkan oleh Daneena.

"Terima kasih atas ihsan tuan. Izinkan ambil military tag milik tuan untuk saya simpan sebagai kenangan terindah saya di sini. Jika diizinkan Tuhan, saya akan pulangkan pada tuan semula."

Daneena pergi saat dia mula jatuh hati kepada gadis itu.

"Do you love me, Captain?"

Dengan nota yang diletakkan di kamar Darish ini, kapten muda itu tekad mahu mencari Daneena.

"Tunggu saya, kerana awak adalah takdir saya..."
 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post