-->

Wednesday, January 12, 2022

author photo

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Episod 15 (Episod Akhir) -  Lakonan Idris Khan & Intan Najuwa : Drama terbaru Adaptasi Novel berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra akan bersiaran menerusi Slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. 

Pernah bergandingan dalam Drama Tuan Daniel. Drama Saat Takluk Cinta Ini bersiar sebanyak 15 episod penuh.




Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Episod 1 - Episod 15 - https://www.iq.com/play/k7ql0oocn9?&lang=ms_my&sh_pltf=4




Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal.

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.

Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?


Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini


Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan.


Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh. Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap.


Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

“Saat kau takluk cinta ini, saat itu juga kau hempas seluruh hatiku dengan pengkhianatanmu!”~RAHHAL TAUFIQ

Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

“Cinta ini sudah menakluk seluruh atmaku, sehingga aku tidak lagi bisa merasa pahitnya dusta.”~RAHHAL TAUFIQ

 

“Ya, saat kau takluk cinta ini, tidak ada satu pun daerah dalam hati ini kau tinggalkan kosong. kerana ia telah terisi oleh hebatnya cintamu!”~MELISSA HAIRA   

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post