-->

Sunday, January 16, 2022

author photo

Drama Derhaka Cinta Jebat Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 -  (Episod Akhir) : Drama adaptasi novel karya Cik Tet akan bersiaran di tv1 Slot Widuri. Gandingan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad. 






Tonton Drama Derhaka Cinta Jebat Episod 1 - Episod 26 (Episod Akhir) - https://rtmklik.rtm.gov.my/series/2-17075



Sinopsis Novel Derhaka Cinta Jebat | Jebat Zulkarnain… Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.
Aisyah Humairah… Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.
“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”
Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.
“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”
“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”
Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari? Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan. Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?


Sinopsis Drama Derhaka Cinta Jebat

Semua berpunca kerana rasa dendam, salah faham dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit, sanggup Jebat Zulkarnain menzalimi Aisyah Humaira isterinya sendiri. Bijaknya Jebat mengatur rancangan agar Aisyah jatuh cinta padanya hingga membawa kepada sebuah perkahwinan dengan niat ingin membalas dendam. Aisyah Humaira, suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adik lelaki Jebat iaitu Tuah Iskandar.

Tanpa usul periksa teganya Jebat menjatuhkan hukuman sewenang-sewangnya tanpa memberi peluang kepada Aisyah untuk menjelaskan segala-galanya. Aisyah dituduh berlaku curang semasa dia berkasihan dengan Tuah dan menjadi penyebab musibah yang menimpa adik lelaki kesayangannnya. Aisyah benar-benar kecewa. Jebat mendustai cintanya. Dia dinikahi Jebat bukan untuk disayang, dicintai sepenuh hati tapi Jebat punya agendanya sendiri. Misi Jebat hanyalah satu, melunaskan dendamnya dan membalas balik segala kesengsaraan Tuah yang kononnya dikhianati Aisyah dahulu.

Hati isteri manalah yang tidak kecewa. Bahagia yang diharapkan namun dibalas dengan derita sengsara oleh sang suami yang sangat dicintainya sepenuh hati. Aisyah semakin menderita, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi meninggalkan Jebat bersama sekeping hati yang luka. Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post