-->

Saturday, November 27, 2021

author photo

Drama Kisah Cinta Kita Episod 1 -  Lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson - Slot Akasia Drama terbaru yang akan bersiaran sebaik sahaja tamat Drama Perisik Cinta Tak Diundang. Drama Kisah Cinta ini akan menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson sebagai terajui utama. Untuk info Drama Perisik Cinta Tak Diundang akan mulai siar minggu hadapan. 





Drama Berjudul : KISAH CINTA KITA
Jumlah Episod Penuh  : 28 Episod
Tarikh Siar : Akan dikemaskini
 Isnin-Jumaat, 7:00 malam, Slot Akasia TV3



Tonton Drama Kisah Cinta Kita Episod 1 - Episod 28 >> Kisah Cinta Kita on Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260074189 (perlu install Aplikasi dan berbayar untuk langgan)


Aedy Ashraf sebagai Amer
Amelia Henderson sebagai Aleesa
Hazman Al-Idrus sebagai Putra


LAGU TEMA (OST)
Ernie Zakri & Hafiz Shuib - Berakhirlah Pencarianku




Sinopsis Kisah Cinta Kita

Mengisahkan tentang Aleesa (Amelia Henderson) didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Amer (Aedy Ashraf). Aleesa diminta menyamar sebagai Natasha yang telah menghilangkan diri kerana mereka berdua mempunyai wajah yang sama. Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibunya, Hanisah (Datin Seri Maria Farida) sekiranya Aleesa bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi (Dato’ Jalaludin Hassan) yang masih berada di hospital. Memandangkan dia hanya perlu menyamar sekejap sahaja, Aleesa bersetuju. Aleesa hanya perlu ke hospital dan bercakap-cakap dengan Datuk Ramzi yang masih belum sedarkan diri.

Natasha telah membuat keputusan untuk kahwin lari dengan Zuhairi (Ikmal Amry) di sempadan apabila datuknya, Datuk Ramzi mahu memisahkannya dengan Zuhairi. Malahan, Datuk Ramzi ingin mengahwinkan cucu tunggalnya dengan Amer. Selepas kehilangan Natasha, Datuk Ramzi diserang sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. 

Natasha ditemui dalam keadaan wajahnya terbakar dek kemalangan jalan raya yang tragis. Amer telah mengarahkan Aleesa untuk meneruskan lakonannya sebagai Natasha. Aleesa tidak bersetuju kerana Datuk Ramzi telah sedarkan diri. Tambahan lagi, ini bukan perjanjian awal mereka. Apabila Amer mengugut untuk menghentikan pembiayaan kos perubatan Hanisah, Aleesa terpaksa bersetuju. 

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer. Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas nampak Datin Laila (Khaty Azian) dan Amer dalam keadaan yang mencurigakan. Apakah yang akan berlaku nanti?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post