-->

Monday, October 25, 2021

author photo

Drama Tahyul Episod 7 / Episod 8 / Episod 9 & Episod 10 - Slot Samarinda TV3 : Drama Slot Samarinda TV3 terbaru dengan judul Tahyul mulai siar 12 Oktober 2021. Lakonan Aniq Suhair, Wani Kayie, Cik B, Adly Sofwan dan Shah Khan. Bersiar setiap Isnin hingga Khamis di TV3 jam 10.00 malam. Akan bersiaran 16 episod penuh. 



Saksikan drama Tahyul slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober ini, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.


Tonton Drama Tahyul Episod 1 hingga Episod 16 (Episod Akhir) 

  • Drama Tahyul Episod 1 - https://youtu.be/_qGC7MYFt74

  • Drama Tahyul Episod 2 - https://youtu.be/FKBfajAwgEc

  • Drama Tahyul Episod 3 - https://youtu.be/vOERq4b8zdc

  • Drama Tahyul Episod 4 - https://youtu.be/gS96rJMCnLA

  • Drama Tahyul Episod 5 - https://youtu.be/1ok4X3jcwMk

  • Drama Tahyul Episod 6 - https://youtu.be/iAFc8McmoJ0

  • Drama Tahyul Episod 7 - https://youtu.be/sqxYEYXyqG0

  • Drama Tahyul Episod 8 - https://youtu.be/FlKYr8izhT4

  • Drama Tahyul Episod 9 - https://youtu.be/I37BZ4svf5o

  • Drama Tahyul Episod 10 - https://youtu.be/mK58ShyizLw

  • Drama Tahyul Episod 11



Drama  : DRAMA TAHYUL
Jumlah Episod : 16 Episod Penuh
Mulai Siaran : 12 Oktober 2021
Isnin-Khamis, 10:00 malam
TV3 - Slot Samarinda



WATAK PELAKON
Aniq Suhair sebagai Afiq
Wani Kayrie sebagai Fathia
Cik B sebagai Illy
Ahmad Adly Sofwan sebagai Boy
Shah Khan sebagai Hakim
Aidit Noh sebagai Ghazry
Tania Hudson sebagai Mina
Fauziah Latiff sebagai Puan Qaseh
Rozita Che Wan sebagai Detektif Masni
Halmey Hamdah sebagai Ustaz
Nur Dania Miazara sebagai Sofea
Nur Raisha Izzara sebagai Iris



LAGU TEMA (OST)
Demi Kamu - Indah Ruhaila
Kuala  Lumpuh - Dunya



SINOPSIS DRAMA TAHYUL
Sekumpulan pencipta kandungan dari laman sosial "Tales Of Tahyul" telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang. Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang  dipilih itu meman dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu.



Sinopsis Drama Tahyul Episod 1

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sekumpulan content creator yang dianggotai oleh Afiq, Boy dan Illy sedang melakukan rakaman di sebuah gua di sebuah perkampungan. Dalam rakaman Live IG itu, Afiq yang sedang merekod situasi, mengatakan gua itu dihuni oleh seekor pontianak. Sedang asyik melakukan rakaman, mereka menerima gangguan kelibat yang menakutkan. Mereka sempat merakam detik-detik cemas dan menyeramkan yang mengganggu mereka. Rakaman mereka berjaya meraih perhatian penonton yang memang mengikuti laman Tales of Tahyul di IG.



Sinopsis Drama Tahyul Episod 2

Penemuan rangka kanak-kanak perempuan telah menggemparkan penduduk Kampung Kaki Bukit. Rangka kanak-kanak perempuan itu dijumpai oleh remaja kampung yang melepak di sekitar kawasan hutan dalam dan gunung ganang. Kes itu telah disiasat oleh Detektif Masni. Heboh satu Malaysia tentang penemuan rangka itu. 


Sinopsis Drama Tahyul Episod 3

Boy sangat teruja dengan cadangan Afiq untuk melakukan rakaman langsung di Kampung Kaki Bukit apatah lagi kes penemuan rangka kanak-kanak itu tular dan masih panas di media sosial. Dia yakin content ini akan melonjakkan lagi nama Tales of Tahyul. Fathia menentang cadangan itu kerana bimbang akan keselamatan mereka semua. Kes itu masih dalam siasatan polis dan kawasan itu telah di larang masuk buat seketika waktu. Fathia turut percaya tempat itu mesti berhantu. Namun, Afiq tetap dengan pendiriannya demi sebuah content. Berkali-kali dia ulang kata-kata Makcik Hawa iaitu hantu hanyalah khayalan otak. Lagipun, tujuan mereka ke sana hanyalah satu lakonan, bukan nak buat siasatan kematian atau sebagainya. Sikap degil Afiq tidak dapat di halang kerana dia terlalu taksub mengejar content. Akhirnya mereka berlima dalam perjalanan ke Kampung Kaki Bukit. Perkara itu telah dihebahkan di media sosial dan meraih perhatian ramai netizen. Mereka teruja untuk menonton aktiviti paranormal terbaharu oleh Tales of Tahyul.


Sinopsis Drama Tahyul Episod 4

Suatu hari, Mina dikejutkan dengan Sofiya yang berbual dan bermain seorang diri di kawasan pinggir hutan. Ini bukan kali pertama Sofiya bersikap aneh sebegitu. Sofiya yang hanya mendiamkan diri membuatkan Mina makin tertekan. Setelah di desak, akhirnya Sofiya mengatakan dia mempunyai seorang rakan yang bernama Iris. Mina terkejut dengan perkara itu kerana selama ini, Sofiya hanya tinggal di dalam rumah dengannya; mustahil bagi Sofiya untuk berkenalan dengan kanak-kanak kampung yang lain. Mina mula rasa gelisah dengan cerita anaknya itu. Dia berhasrat untuk berkenalan dengan orang kampung, manalah tahu pengakuan Sofiya itu benar kerana Mina masih belum sempat untuk mengenali masyarakat setempat. Dia bercadangan untuk mengadakan sebuah majlis doa selamat dengan menjemput orang kampung. Suatu hari Mina telah membuat kenduri kecil-kecilan; bersedekah sekadar untuk berkenalan dengan orang kampung. Dia menemui kebuntuan apabila orang kampung mengatakan tiada kanak kanak yang bernama Iris yang tinggal di dalam kampung itu.


Sinopsis Drama Tahyul Episod 5

Ghazry menceritakan kepada Mina yang dia telah diambil oleh sebuah keluarga untuk dijadikan anak angkat. Pada masa itu, tiada lagi telefon atau alat komunkasi membuatkan dia dan rakan yang lain terputus hubungan. Mina mempersoalkan selama ini Ghazry tahu yang rumah anak yatim cuma beberapa meter dari rumah mereka. Ghazry mengatakan dia ingin memberitahu perkara itu tetapi terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga terlupa akan perkara yang remeh temeh. Tetapi tidak kepada Mina yang merasakan ada misteri yang berlaku tatkala menjumpai Sofiya seorang diri di dalam rumah anak yatim yang usang itu. Ghazry menerangkan dia telah terputus hubungan dan tidak tahu apa-apa yang berlaku di rumah anak yatim selepas itu.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post