-->

Wednesday, October 27, 2021

author photo

Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja Gandingan Uqasha Senrose & Sean Lee : Drama The Hotel yang telah siar menerusi Slot MegaDrama telah pun tamat. Namun Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau  Puja akan mulai siar 27 Oktober 2021. Tampil dengan pelakon baru Uqasha Senrose sebagai Dr. Firhani.


Drama The Hotel 2 - Jiwa Yang Kau Puja akan bersiar 18 episod penuh. Nantikan adegan-adegan psiko yang mendebarkan.


Drama The Hotel, Jiwa Yang Kau Puja.
Muulai 27 Oktober 2021
Isnin hingga Khamis 
10 malam Isnin hingga Khamis 
di Astro Ria 
atau 
strim saja di Aplikasi Astro Go / Ultra Box. 

JUDUL : THE HOTEL 2 - JIWA YANG KAU PUJA
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria - MegaDrama 
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Sean Lee, Natasha Elyzza, Dini Schatzman, Yasmin Hani, Eina Azman, Nabil Aqil, Asha Merican, Syazwan Zulkifly  

WATAK PELAKON 
Uqasha Senrose sebagai Dr.Firhani
Sean Lee sebagai Umar
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Dini Schatzmann sebagai Adri
Yasmin Hani sebagai Tania
Eina Azman sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Arman
Asha Merican sebagai Marsha
Syazwan Zulkifly sebagai Haziq

SINOPSIS JIWA YANG KAU PUJA

Kematian Raisa adalah permulaaan kisah Dr. Firhani, semua jadi sulit bila ada psiko yang membelit. Apa pula kisah Dr. Firhani selepas ini? Dan adakah Raisa betul betul mati?




Sinopsis The Hotel 

Mengisahkan tentang Raisa (Mira Filzah) seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean (MK K-Clique) muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post