-->

Thursday, October 21, 2021

author photo

Drama Dia Yang Ku Cinta Episod 1 - Episod 15 (Episod Akhir) Lakonan Sharnaaz Ahmad & Syerinie Myra : Drama Dia Yang Ku Cinta pernah bersiaran menerusi slot samarinda tv3. Sekali lagi drama ini diulangsiar jam 6.00 petang di tv3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra sebagai terajui utama.


DRAMA BERJUDUL : DIA YANG KU CINTA
Siaran : 26 November 2019
 Isnin-Khamis, 10:00 malam
Slot Samarinda TV3



TONTON DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 1 HINGGA EPISOD 15 (EPISOD AKHIR) -

  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 1 - https://youtu.be/x4VlgqfD4G8
Hanna begitu marah kepada Khalid yang Khalid telah memadukan dia, tetapi kemarahan Hanna reda selepas dapat tahu yang madunya sudah meninggal dunia. Tetapi malang nasib buat Amna dan Iman kerana mama Hanna tidak menyayangi mereka. Khalid terpaksa pergi ke Vietnam atas urusan kerja, dalam kesempatan itulah mama Hanna membuli mereka berdua dan melarang Amna dengan Iman ke sekolah atas alasan takut lambat sampai ke butik. Amna berjanji kepada diri sendiri yang dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk membela nasib dirinya dan adiknya yang buta. Hafiz memendam rasa terhadap Amna dan dia tidak akan meluahkan lagi perasaan dia terhadap Amna kerana belum sampai masanya lagi. Amna dan Iman bepakat untuk keluar dari rumah Khalid, Amna berhajat ke kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan Amna tertidur di belakang Hilux milik Luqman, ketika Luqman memberhentikan kereta secara mengejut dia terdengar seperti dia terlanggar sesuatu dia turun untuk memeriksa dan terjumpa Amna yang kesakitan.



  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 2 - https://youtu.be/PKJjLFlvAy0
Luqman serba salah meninggalkan Amna keseorangan di hospital, dan dia mencari Amna untuk menyelamatkan Amna kerana kesian terhadap nasib Amna. Hanna mencari Amna dan Iman terpaksa jujur bahawa Amna telah lari daripada rumah kerana tidak tahan mama Hanna selalu memarahinya. Luqman kesian terhadap nasib Amna yang datang ke KL tanpa hala tuju dan Luqman cuba menghulurkan bantuan kepada Amna dan membawa Amna ke rumahnya. Khalid bertanya dimana Amna dan mama Hanna menipu yang Amna pergi ke cameron bersama kawan-kawannya, kerana takut Khalid mengetahui yang Amna telah lari dari rumah. Amna terpaksa memakai baju Luqman kerana bajunya terjatuh dalam bilik air. Kak Peah terpaksa membawa Iman balik ke kampung kerana Hanna menghalau mereka balik ke kampung.



  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 3 - https://youtu.be/3-qHMD9GrIA
Iman menangis kerana merindukan kakaknya dan takut dia tidak dapat berjumpa dengan kakaknya lagi. Luqman mengajak Amna untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan sedikit sebanyak Luqman dapat mengenali keluarga Amna. Ketika Luqman membawa Amna untuk membeli baju, Nani ternampak Amna dengan Luqman, Nani terus menelefon Hanna dan memberitahu yang Amna bersama lelaki kaya di KL. Hafiz merindui Amna dia bertanya dimana Amna dan mama Hanna terpaksa memberitahu Hafiz yang Amna melarikan diri daripada rumah itu. Khalid ingin menjodohkan Amna dengan Hafiz kerana Hafiz sukakan Amna sejak kecil lagi. Iman diragut semasa sampai di depan rumahnya dan mengalami kecederaan teruk.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 4 - https://youtu.be/d_efK_3KP_0
Amna bermimpi tentang Iman yang dia tidak dapat berjumpa dengan Iman buat selama-lamanya dan dia menangis teresak-esak. Iman telah disahkan meninggal dunia Khalid sedih dengan kehilangan Iman dan mereka tidak dapat menghubungi Amna. Khalid telah berpesan kepada Hafiz supaya menjaga Amna dengan baik. Amna telah mengambil cuti untuk pulang ke kampung menjenguk Khalid dan Iman adiknya tetapi malangnya dia mendapat berita bahawa adiknya telah meninggal dunia. Belum sempat memujuk hati selepas kehilangan Iman, Amna dikejutkan kehilangan papa pula. Larra dan Hanna menyalahi Amna atas kehilangan papa nya. Hafiz mengatakan yang dia akan mengahwini Amna dan disebabkan itu membuatkan Hanna mengamuk dan Amna menolak cinta abang tirinya itu supaya dia dapat meredakan keadaan.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 5 - https://youtu.be/EriqhnuYsnM
Amna bersedih dan membawa diri ke rumah keluarga Luqman. Pada masa yang sama Hafiz masih tak dapat lupakan Amna dan begitu juga dengan Larra yang sangat tergila-gilakan Luqman sebab hensem sangat.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 6 - https://youtu.be/oRU954ZdINw
Luqman dan Mak Su terlalu baik dan memberi Amna menumpang di rumah mereka sehinggakan Rina kerap memarahi Amna dek kerana cemburukan beliau. Hanna pula, sebagai seorang yang mempunyai sifat dengki, meneruskan agendanya dengan menyuruh Hafiz berjumpa dengan Baizura supaya dapat memperlagakan mereka berdua. Kemudian, Amna telah berjumpa dengan Hafiz untuk melepaskan kerinduan yang telah terbuku dihati, tetapi kantoi pula dengan Rina. Rina pun ape lagi, inilah peluang yang dia tunggu selama ini, tanpa membuang masa terus report dekat Luqman!


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 7 - https://youtu.be/8kQL6OT3wjg
Rina membuat fitnah terhadap Amna dengan mengatakan Amna keluar dengan lelaki lain sedangkan Amna berjumpa dengan Hafiz iaitu abang tirinya sendiri sehinggakan luqman salah faham. Baizura pula menyuruh Hanna memberi peluang kepada Hafiz dan Amna sehinggakan Hanna memarahinya, walaupun sebenarnya Baizura menyukai Hafiz tetapi dia taknak paksa Hafiz untuk menyukainya.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 8 - https://youtu.be/Tm4HuhiQrdQ
Mak su menyuruh Luqman berterus terang kepada Amna yang Luqman menyukainya tetapi Luqman tidak bersedia untuk meluahkan perasaannya, pada masa yang sama, Hanna jatuh tangga dan Larra tidak balik menjenguk ibunya. Rina pula tak habis-habis mencari kekurangan Amna kerana dia tidak menyukai Amna tinggal di rumah Luqman bersama Mak Su. Tiba-tiba Hafiz kemalangan jalan raya tetapi Nani tidak ingin menziarahi Hafiz kerana sudah berjanji dengan clientnya di Penang. Amna mengetahui yang Hafiz kemalangan kerana dia terdengar Rina memberitahu Aisyah yang Larra tidak masuk office disebabkan abangnya kemalangan. Seharian Amna bersedih kerana mengenang nasib abangnya itu.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 9 - https://youtu.be/r5tDF1UxPRY
Mula-mula Amna merajuk dengan Luqman tapi bila dah Luqman sanggup meredah hujan demi Amna, mana lah Amna tak cair! Hanna meratapi Hafiz yang masih tidak sedarkan diri dan tiba-tiba Peah mencadangkan agar Hanna menyuruh ustaz dikawasan perumahan mereka berdoa untuk kesihatan Hafiz. Lara mengambil kesempatan untuk menelefon Luqman kononnya untuk mengadu tentang abangnya yang kemalangan, sekali Luqman melayannya dengan baik pulak. Berbunga-bunga lah hati Lara. Selepas itu Lara seronok lagi sebab ternampak Luqman dekat dalam mall. Namun, terkejut melihat Amna dengan Luqman dalam keadaan yang mesra. Lara sangat cemburu. Marah.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 10 - https://youtu.be/r5tDF1UxPRY
Lara racun fikiran mamanya supaya bagi Amna yang jaga Hafiz. Mulanya Mahana menolak. Tapi akhirnya bagi jugak. Lara bawa Amna balik bersama dengannya. Setelah tiga minggu dalam wad, Mahana minta hafiz dibawa pulang untuk dirawat di rumah. Amna la yang rawat Hafiz dengan penuh kasih dan cermat. Mahana yang marah dan bencikan Amna, terdiam tengok ketelusan Amna. Lara sebagai adik pun tak pernah layan Hafiz sebaik itu. Mahana terus tak jadi nak marah-marah Amna. Amna juga berlembut dengan Mahana. Mahana rasa serba salah. Tapi, masih ego.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 11 - https://youtu.be/RPGrYnl_GWk
Luqman termemung teringat cerita-cerita Lara tentang Amna. Lara fitnah Amna telah bertunang dengan abang tirinya Hafiz dan Amna yang bertanggungjawab atas segala yang berlaku pada Hafiz. Mak Su tenangkan Luqman, mungkin cerita tu tak betul, sebab Amna tak pernah pun cerita pada Mak Su. Amna di rumah Mahana menjaga Hafiz dengan baik. Cara Amna menjaga Hafiz sedikit demi sedikit melembutkan kebencian di hati Mahana selama ini. Namun tidak bagi Lara. Lara tetap membawa cerita-cerita buruk tentang Amna pada Reen supaya Reen membenci Lara. Reen termakan cerita Lara, tetapi takde la dia melayan sangat cerita si Lara tu. Luqman rasa kosong dengan ketiadaan Amna di rumah. Luqman berusaha untuk menghubungi Amna, namun Amna jarang menjawab telefon dan berbalas mesej. Luqman berharap Amna akan sambung semula kerja di The Heart Gallery. Sebaliknya Lara berusaha supaya Amna berhenti kerja dan terus jaga Hafiz.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 12 - https://youtu.be/YOVcwXYtlEE
Amna meminta izin Hanna untuk ke galeri tempat dia bekerja dan Hanna mengizinkan Amna pergi, tapi Lara dapat tahu dan Hanna kena marah kerana membenarkan Amna ke Kuala Lumpur. Reena akan ke Australia dan dia meminta maaf kepada Amna dan dia sempat menyuruh Amna ke rumah Luqman untuk menjenguk Mak Su. Macam biasa Lara memburuk-burukan Amna kepada Aisyah kerana dia mencemburui adik tirinya itu. Mahana pula gembira melihat cara Amna melayan Hafiz dan dia menyatakan hasratnya kepada Peah yang dia ingin menyatukan mereka berdua, Peah begitu gembira dengan khabar itu. Lara marahkan Amna di depan Hafiz kerana Amna ke galeri milik Luqman.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 13 - https://youtu.be/suv5Q2aitBA
Lara menyuruh Amna berhenti kerja di galeri milik Luqman itu, tetapi Amna ingin berjumpa sendiri dengan Luqman. Lara marah dan dia akan menguruskan notis berhenti kerja untuk Amna. Lara perli dan marah Mahana kerana mempercayai Amna dan disebabkan itulah Mahana ditipu dan dimadukan oleh arwah ayahnya, Mahana sedih dengan kata-kata Lara terhadapnya. Luqman sedih dan menatapi potret lukisan gambar Amna dan Luqman membawa potret tersebut ke pejabatnya dan potret itu mendapat perhatian ramai dan hal itu menambahkan sakit hati Lara. Lara memberi amaran kepada Amna supaya menjauhkan diri daripada Luqman dan jangan terlalu mengada-ngada dengan Luqman. Lara menyuruh Mahana mengahwini Amna dengan Hafiz demi kebahagian mereka berdua dan Lara juga memberitahu yang Amna mempunyai ibu angkat di KL.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 14 - https://youtu.be/DE-75jc9ruw
Patric datang ke galeri untuk mencari Luqman dan menyatakan yang dia telah terjatuh cinta kepada Lara dan dia mula berjinak-jinak ke arah islam. Luqman begitu gembira terhadap Patric dan dia ke bandar untuk berjumpa dengan Amna untuk meluahkan yang dia amat merindui Amna. Mahana melamar Amna dan membuat majlis sarung cincin. Lara orang paling bahagia dan selfie foto untuk ditunjuk kepada Luqman. Mahana menyerahkan sejumlah wang dan gelang tangan sebagai hibbah dari arwah Khalid pada Amna yang dipegang Mahana selama ini. Lara macam biasa dengan sifat busuk hati dia memaksa Mahana untuk mempercepat kan pernikahan Hafiz dengan Amna. Benda baik buat apa tangguh-tangguh katanya.


  • DRAMA DIA YANG KU CINTA EPISOD 15 - https://youtu.be/GyM-xA0sn4w
Amna membawa Hafiz ke galeri, di galeri Hafiz terkejut kerana ternampak potret bergambar Amna dan Hafiz tahu pelukisnya adalah Luqman majikan Amna dan tidak akan dijual. Hafiz dapat rasakan yang Luqman menyukai Amna daripada cara Luqman memandang Amna. Hafiz balik ke rumah dan ingin memutuskan pertunangannya dengan Amna. Mahana terkejut kerana tiba-tiba dan lebih mengejutkan lagi Hafiz tidak mahu berjumpa dengan Amna, Amna hanya mampu sedih terhadap perbuatan Hafiz.



SINOPSIS DRAMA DIA YANG KU CINTA

Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham (Afieq Shazwan) merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Arash Mohamad). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Namun begitu, kedua-dua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Marhanna (Catriona Ross), ibu tiri mereka. Kedua-dua beradik itu kerap diseksa oleh Puan Marhanna dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja. Malah, Puan Marhanna juga berpura-pura baik terhadap Chempaka Amna dan Iman Idham di hadapan Tuan Khalid.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) juga mempunyai sikap kejam yang sama seperti ibunya namun abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafiz Andrew (Luqman Hafidz) begitu baik dan amat mengambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini sejak kecil lagi. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua-dua anak yatim tersebut ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafiz Andrew dan Lara Andrew juga adalah merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafiz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Marhanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera muda, memberi tapak untuk Chempaka Amna lari daripada penjara seksaan Puan Marhanna namun cinta Hafiz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post