-->

Friday, October 15, 2021

author photo

Drama Cinta Yang Pulang  Episod 12 & Episod 13 : Drama terbaru adaptasi novel berjudul Cinta Yang Pulang. Menampilkan gandingan Izzue Islam dan Ummi Nazeera sebagai tunggak utama. Mulai siar 04 September 2021 di tv2.




Drama  : CINTA YANG PULANG
Jumlah Episod Penuh : 26 Episod
Mulai Siar : 4 September 2021
 Khamis-Sabtu, 8:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)



Tonton Drama Cinta Yang Hilang Episod 1- Episod 26 (Akhir) - https://rtmklik.rtm.gov.my/series/2-15628/934603



PELAKON : Izzue Islam, Ummi Nazeera, Azwan Kombos, Jasmine Suraya, Melanie Tan, Zalfa Zin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Amar Asyraf, Areef Amran, Scha Elinnea, Farhan Asri, Kuna Muzani, Raja Azmi, Rahim Omar, Azhar Amir , Nur Dhia Irdina


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang


Kisah Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh Noah Imran kerana telah dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia. Noah telah mengeluarkan kata-kata makian dan hinaan yang betul-betul merenggut maruah diri Dina. Selepas peristiwa itu, Dina telah berpindah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar itu bukan dibuat oleh Dina. Noah menyimpan rasa sesalnya yang tidak berkesudahan. Selama 12 tahun dia menunggu semoga ada ruang untuknya memohon kemaafan.

Setelah 12 tahun Dina sekeluarga telah kembali ke rumah mereka. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. Tetapi berbeza dengan Dina yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu.

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina.


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 1

Noah dan Adina bersahabat baik. Mereka tinggal berjiran dan belajar di kolej yang sama. Adina adalah seorang yang kelam kabut dan mudah panik. Noah sering mengejek dan membuli Adina. Di kolej Noah mempunyai seorang kekasih bernama Thia. Cemburu melihat keakraban antara Noah dan Adina, Thia telah memfitnah Adina dan menuduh dia menyebarkan gambar kurang sopan Thia. 


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 2

Noah telah beberapa kali terserempak dengan Adina di kawasan perumahan mereka tetapi masih tidak mengenalinya kerana Adina sering menutup mukanya. Walaupun tidak dapat memaafkan Noah, Adina dalam diam sebenarnya masih menyukai Noah dan sering mengikuti perkembangan Noah. 


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 3

Dalam satu kejadian, Noah telah terserempak dengan Adina dan dia hairan bagaimana gadis itu boleh memakai gelang miliknya yang hilang. Risau takut rahsianya terbongkar, Adina menyerahkan semula gelang itu dengan meletakkannya di dalam peti surat rumah Noah.


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 4

Noah cuba mengintai wajah gadis yang tinggal bersebelahan rumahnya. Adina pula belum bersedia untuk bersemuka dengan Noah. Namun hati Adina mula terganggu apabila sering melihat Noah bersama dengan Thia



Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 5

Keluarga Adina mengadakan kenduri doa selamat. Semasa hadir di dalam majlis tersebut, Noah terkejut apabila mendapat tahu, jiran sebelah rumahnya adalah Adina dan keluarganya. Noah cuba untuk bersemuka dengan Adina tetapi Adina sentiasa mengelak. 


Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 6

Ibu Adina memujuk Adina supaya menerima tawaran bekerja di syarikat Noah. Adina cuba menolaknya kerana masih tidak dapat memaafkan Noah.



Sinopsis Drama Cinta Yang Pulang Episod 7

Adina akhirnya bersetuju untuk bekerja di syarikat Noah. Adina berterus terang bahawa dia terpaksa terima jawatan itu kerana tidak mahu menghampakan hasrat ibunya

 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post