-->

Monday, September 13, 2021

author photo

Drama Terlerai Noktah Episod 1 - Episod 9 (Akhir) Di Disney + Hotstar Lakonan Nabila Huda, Ainul Aishah & Raysha Rizrose : Drama tebaru yang siar pada 26 Ogos 2021. Menampilkan gandingan Nabila Huda, Ainul Aishah dan Raysha Rizrose sebagai tunggak utama.  Drama terbaru berjudul Terlerai Noktah.

Drama Terlerai Noktah merupakan drama bergenrekan psiko thriller arahan Amor Rizan. Di siarkan menerusi slot samarinda TV3 sebanyak 9 episod penuh..


Tonton Drama Terlera Noktah Episod 1 - Episod 9 (Akhir) ➡️➡️ Check out Terlerai Noktah - Trailer on Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/126006612

Drama : TERLERAI NOKTAH
Jumlah Episod Penuh : 9 Episod
Siar : 26 Ogos 2021
Isnin-Khamis, 10:00 malam
Slot Samarinda TV3



Senarai pelakon Drama Terlerai Noktah : Nabila Huda, Aidil Aziz, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin, Zoul Muhammad, Kazar Abd Razak



WATAK PELAKON

Nabila Huda sebagai Zaira
Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
Watie Sadali sebagai Laila
Hariz Hamdan sebagai Fariz
Atikah Suhaime sebagai Rania
Raysha Rizrose sebagai Jasmine
Ainul Aishah sebagai Hani
Duerra Mitilda sebagai Zaira




SINOPSIS TERLERAI NOKTAH


Zaira dan Dr Rudi merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan anak. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut selepas mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang.

Sementara itu Rania, ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan oleh Dr Rudi. Rania mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil malah Dr Kamil telah menghilangkan diri membawa anak mereka lari dari Rania.

Kehadiran Jasmine, seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu, dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post