-->

Monday, September 13, 2021

author photo

Drama Cinta Si Wedding Planner Episod 1 - Episod 28 (Akhir) : Drama Cinta Si Wedding Planner drama romantik yang pernah disiarkan pada tahun 2015 arahan Along Kamaludin. Drama diadaptasi dari novel karya Dhiyana.

Drama Cinta Si Wedding Planner ini dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Bersiaran menerusi Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016 menggantikan Drama Akulah Balqis


Drama Cinta Si Wedding Planner Full Episod (Episod 1 hingga Episod 28 (Akhir) boleh ditonton menerusi youtube TV3 Malaysia - https://youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIubb_bIUMZk5yLFYuJDo_jA0


Drama Cinta Si Wedding Planner Full Episod (Episod 1 hingga Episod 28 (Akhir) boleh ditonton menerusi youtube TV3 Malaysia - https://youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIubb_bIUMZk5yLFYuJDo_jA0


Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahu bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?



Sinopsis Cinta Si Wedding Planner : Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner  dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
 Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
 Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.
 “Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ
 Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
 Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
 "For you, my dear... I will do anything for you.” - ZARA
 Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.
 “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?  Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post