-->

Tuesday, August 24, 2021

author photo

Sinopsis / Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman & Hadi Putra - Slot Lestary TV3 : Drama terbaru yang memaparkan kisah kehidupan seorang guru di dalam membimbing anak masyarakat orang asli. Drama ini memaparkan sudut kisah kehidupan sebenar mereka. Drama terbaru ini dengan judul Anak Sena mulai siar pada 26 Ogos 2021 (Khamis). Drama Anak Sena akan bersiar sebanyak 8 episod sahaja

Drama Anak Sena terajui gandingan Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman dan Hadi Putra sebagai tunggak utama. 




Ingin menonton Drama Anak Sena Episod 1 - Episod 8 (Akhir) - 

Drama Slot Lestary  : ANAK SENA
Jumlah Episod Penuh  : 8 Episod
Tarikh Siaran : 26 Ogos 2021
Rabu-Jumaat, 9:00 malam 
Slot Lestary TV3


Senarai Pelakon Penuh Drama Anak Sena : Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman, Hadi Putra, Farah Ahmad, Nadia Aqilah , Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Azwan Ali, Danish Iskandar


Watak Pelakon : 

Ben Amir sebagai Cikgu Amir
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
Hadi Putra sebagai Wadi
Farah Ahmad sebagai Kiambang
Nadia Aqilah sebagai Kuntum
Shasha Abedul sebagai Fatin 
Lan Siro sebagai Jati
Norshahira Malik sebagai Amira
Danish Iskandar sebagai Karim


Sinopsis Drama Anak Sena 

Mmengisahkan tentang pengorbanan seorang guru dalam membimbing anak masyarakat Orang Asli.

Wadi seorang pelajar anak Orang Asli yang mempunyai bakat dalam sukan. Gurunya, Cikgu Amir cuba untuk mencungkil bakat dimiliki pelajar itu.

Sinopsis Penuh Drama Anak Sena 

Drama berantaian berjudul Anak Sena mengisahkan mengenai kehidupan Sena, tok batin berketurunan Orang Asli Bateq yang berusaha memastikan anak Orang Asli mendapat pendidikan sempurna.

Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling untuk ke sekolah. 

Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan memburu binatang, mencari makanan, tumbuhan, akar kayu dan rotan. 

Bagi Sena, anak-anak Orang Asli perlu menguasai ilmu hutan dan ilmu sekolah.

Menjadi kebiasaan bagi anak Orang Asli datang sedikit lewat ke sekolah kerana terpaksa meredah hutan dan perjalanan menaiki bot ke sekolah juga memakan masa lama. 

Konflik terjadi apabila suatu hari cikgu Amir, guru baru di sekolah Wadi tidak sengaja memarahi Wadi. 

Sejak itu Wadi tidak mahu ke sekolah dan tekad melarikan diri daripada kampung kerana tidak mahu dipaksa ke sekolah oleh Sena.

Keputusan Wadi melarikan diri membawa membawa padah apabila dia diculik dan dipaksa meminta sedekah di bandar. 

Ikuti kesudahan drama Anak Sena bermula 26 Ogos ini pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post