-->

Thursday, July 29, 2021

author photo

Slot Samarinda Drama Sitik Tok Episod 1 - Episod 16 (Episod Akhir) : Drama terbaru yang telah siar mulai 22 Julai 2021 Slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan pelakon seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon dan ramai lagi. Drama Sitik Tok bersiar setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3. Drama Sitik Tok ini juga boleh ditonton secara percuma di WeTV.

 SiTik Tok


Tonton Drama Sitik Tok Episod 1 - Episod 16 (Episod Akhir) 👉 https://wetv.vip/play/bvn6ie95si7rg9r/n0039327eou?ptag=3_4.4.1.6610_copy





Info Drama Slot Samarinda Terbaru

Judul Drama  : Drama SITIK TOK
Jumlah Episod : 16 Episod Penuh
Tarikh Mulai Siar : 22 Julai 2021
Masa Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Slot Samarinda TV3


Senarai Pelakon Drama Sitik Tok - Samarinda TV3

  • Scha Elinnea sebagai Siti
  • Niezam Zaidi sebagai Shon
  • Nadia Aqilah sebagai Rona
  • Nelissa Nizam sebagai Jaja 
  • Zamaera sebagai Maru
  • Kahoe Hon sebagai Xander
  • Acong Sweetchild sebagai Chuchox
  • Anuar Haji Abdul Hamid 
  • Dee Alhadi sebagai Mimi
  • Syazlin Zainal sebagai Teena
  • Aznie Azmi sebagai Luna
  • Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib
  • Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

SINOPSIS DRAMA SITIK TOK

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Siti yang sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok. Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti. 

Siti tidak rasa patah hati selepas kejadian itu. Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja. 

Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak sedar bahawa Jaja tidak menyukai kedatangannya. Jaja menjalankan bisnes atas talian dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video dan menyimpan stok. Teman serumah mereka iaitu, Maru pula seorang gadis yang ceria dan mempunyai bisnes ‘food truck’. 

Siti didampingi oleh Chuchox, seorang artis rock kapak yang menawarkan peluang untuk bekerjasama kerana tertarik dengan kepopulariti Siti. Malahan, pasukan Jaja juga mencari Siti untuk membuat review produk tanpa pengetahuan Jaja. Hanya berpandukan minat, Siti mula mengenali dunia media sosial yang sebenar. Siapakah gerangan Miss Rona yang menjadi pujaan dan ikutan dalam kalangan influencers? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post