-->

Wednesday, July 28, 2021

author photo

Hatimu Sedingin Salju Episod 25 Lakonan Hisyam Hamid, Aprena Manrose & Hafeez Mikael - Slot Akasia | Drama Terbaru Slot Akasia berjudul Drama Hatimu Sedingin Salju. Drama Hatimu Sedingin Salju bukan drama Adaptasi novel. Akan bersiaran penuh sebanyak 28 episod.


Drama Hatimu Sedingin Salju menampilkan gandingan Hisyam Hamid, Aprena Manrose dan Hafeez Mikail sebagai terajui utama.





Tonton Drama Hatimu Sedingin Salju Episod 1 - Episod 28 (Akhir) 👉https://www.iq.com/play/16zavatnhw8?&lang=ms_my&sh_pltf=4





Info Drama Hati Sedingin Salju

Judul Drama : Drama Hati Sedingin Salju
Jumlah Episod Penuh : 28 Episod
Mulai Siar : 24 Jun 2021 (Khamis)
Waktu Siar : Isnin hingga Jumaat - 7.00 malam TV3


Senarai Pelakon Hatimu Sedingin Salju

  • Hisyam Hamid sebagai Arman
  • Aprena Manrose sebagai Rania
  • Hafeez Mikail sebagai Nabil
  • Fadlan Hazim sebagai Haikal
  • Bella Dowanna sebagai Syena
  • Mustafa Kamal sebagai Dato Jamal
  • Zila Bakarin sebagai Puan Noraini
  • Maria Farida sebagai Datin Mimi
  • Rahim Jailani sebagai Mahfuz
  • Scha Elinnea sebagai Melissa
  • Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
  • Acong Sweetchild sebagai Hisham



Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju - Slot Akasia

Puan Noraini dan Datin Mimi adalah kawan baik dan selalu menjadi hasrat Puan Noraini untuk menjadikan anak perempuannya Raina menjadi menantu Datin Mimi. 

Puan Noraini berhasrat agar Raina mengahwini salah seorang anak lelaki Datin Mimi. 

Semasa percutian keluarga bersama, Arman anak sulung Datin Mimi mula menyukai Rania. Akan tetapi dalam waktu yang sama adiknya Nabil juga jatuh sayang pada Rania.


Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju - Slot Akasia


Mengisahkan tentang Arman (Hisyam Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania (Aprena Manrose) selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?



Video Promo Drama Hatimu Sedingin Salju



















   

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post