-->

Monday, July 26, 2021

author photo

Drama Ayat-Ayat Halal Episod 17 - Lakonan Amar Baharin & Nadiya Nisaa : Drama adaptasi novel 'Ayat-Ayat Halal' karya Syamnuriezmil bersiar menerusi saluran RTM. Menampilkan gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa sebagai pelakon utama. Drama 26 episod  Ayat Ayat Halal akan mula bersiaran pada 2 Julai 2021 setiap Isnin Hingga Sabtu jam 8 malam di TV2.



Tonton Drama Ayat Ayat Halal Episod 1 - Episod 26 (Akhir) Full Episod - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890146


Senarai Pelakon Drama Ayat-Ayat Halal

  • Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
  • Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
  • Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
  • Chiwan Chilok sebagai Hazmon
  • Mia Nasir sebagai Murni
  • Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
  • Shah Rezza sebagai Pak Ali 


Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.


Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

"Ambil lah... sekeping saja lagi."
"Haih seganlah saya pak cik."
"Dah taram sampai berkeping-keping... takkan tinggai sekeping, tolak kot."
"Saya ni memang suka kek pandan."

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal... Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya... Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya... rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim... Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana... cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan! 


Sinopsis Drama Ayat-Ayat Halal Episod 1 - Episod 26


Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 1 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890142


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 1 

Eb bercinta dengan gadis sekampungnya Murni dan akhirnya bertunang. Eb mendapat tawaran bekerja di Qatar tetapi Murni tidak setuju dan memaksa Eb membuat pilihan. 



Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 2 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-890146


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 2


Pak Ayop memandang tinggi Eb yang bekerja di Qatar dan menyampaikan hasratnya untuk belajar mengaji Al-Quran. Eb bersetuju untuk mengajar Pak Ayop mengaji. Dengan cara tersebut dia akan kerap bertandang ke rumah Pak Ayob dan berpeluang memerhati Ulya.


Tonton Ayat-Ayat Halal Episod 3 - https://rtmklik.rtm.gov.my/s/2-14901-891611


Sinopsis Ayat-Ayat Halal Episod 3

Eb mula kelam kabut selepas mengetahui Ulya dan Murni adalah sepupu. Dia risau rancangannya untuk memikat Ulya terganggu. Abang Ulya pula beria-ia mencadangkan pada Ulya agar dia berkawan dengan Ustaz Hasan. 


 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post