-->

Tuesday, June 15, 2021

author photo

 Drama Masih Ada Rindu Lakonan  Episod 9 - Slot Akasia : Drama terbaru berjudul Masih Ada Rindu. Drama Adaptasi Novel karya Mimie Afinie. Drama Masih Ada Rindu ini akan menampilkan gandingan Mimi Lana dan Farid Kamil sebagai tunggak utama. Turut dibantu oleh pelakon Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia dan ramai lagi.

Drama Masih Ada Rindu akan siar sebanyak 16 Episod penuh. Episod 1 mulai ditayangkan sebaik sahaja tamat Drama Sabarlah Duhai Hati pada 02 Jun 2021 (Rabu).





Drama Masih Ada Rindu
16 Episod Penuh
Lakonan Mimi Lana & Farid Kamil
Slot Akasia TV3
02 Jun 2021

Tonton Live Drama Masih Ada Rindu Episod 1 - Episod 16 (Akhir) >>https://www.xtra.com.my/live-tv/



Tonton Live Drama Masih Ada Rindu Episod 1 - Episod 16 (Akhir) >>https://m.wetv.vip/play?cid=zf8b2p5atsdcm84&vid=t003786okyn&languageid=40&3_4.2.0.6280_copy



Sinopsis Drama Masih Ada Rindu

Nurul Syafika (Mimi Lana) mendirikan rumahtangga bersama Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha (Kuna Muzani). Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran anaknya, Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi (Farid Kamil) yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.


Sinopsis Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie

"Rasa rindu itu tetap hadir selagi niat setia masih tersisip di hati"


MASIH terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba-tiba Hakim pergi meninggalkannya. Pergi begitu sahaja, tanpa pamitan tanpa sebarang pesan. Lalu kepada siapa lagi harus dia bergantung harap? Kepada siapa lagi harus dia mengadu nasib? Apakah sepanjang usia dia harus mengendong duka ini?


Syafika sedar, air mata bukan penyelesai masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Ada kala dia tidak setabah itu untuk menghadapinya berseorangan. Ada ketika dia tewas jua.


Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun, cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap menyala. Tapi dia sedar... perjalanannya masih terlalu jauh. Dia tidak harus karam dalam badai kerinduan ini. Dia tidak harus hanyut dalam arus cinta yang bukan miliknya lagi. Akhirnya, dia nekad untuk menerima.

Sayangnya, di saat kelukaan hampir pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dengan apa yang terjadi, dia nekad melarikan diri. Dalam pelarian itu dia mula merasakan sesuatu. Dalam benci, kiranya masih ada rindu buat si dia.


Dan tanpa disedari... bibit-bibit cinta mula bersemi di hatinya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post