-->

Tuesday, June 15, 2021

author photo

 Drama Love Elsa Episod 1 - Episod 3 (SLOT MEGADRAMA) Lakonan Zul Ariffin & Uyaina Arshad : Akan datang Drama Adaptasi Novel Love Elsa hasil karya penulis Acik Lana. Drama Love Elsa ini akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria dan mengantikan Drama Rindu Awak Separuh Nyawa. 

Drama Adaptasi novel kali ini akan menampilkan gandingan pelakon Zul Ariffin dan Uyaina Arshad sebagai terajui utama drama tersebut. Drama hasil terbitan Juita Viden dan diarahkan oleh Pengarah Michael Ang. 


Drama Love Elsa karya Acik Lana akan ditayangkan menerusi Slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini juga akan bersiaran penuh sebanyak 24 Episod Penuh.

Drama Love Elsa juga menampilkan pelakon zhar Amir, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah, Zalfazin dan ramai lagi.


Untuk Info Watak Drama Love Elsa

  • Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
  • Uyaina Arshad sebagai Ammara
  • Zeera Azizi sebagai Sofea
  • Mona Allen sebagai Madam Qistina
  • Nasz Sally sebagai Habsah
  • Iman Suhana sebagai Hamidah 

Tonton Drama Love Elsa Episod 1 - Episod 24 (Akhir)

Drama Love Elsa Episod 1



SINOPSIS LOVE ELSA

Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.

Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.


SINOPSIS NOVEL  LOVE ELSA

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.

Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?

Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!

Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.

Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.

“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim

Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.

Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post