-->

Friday, June 18, 2021

author photo

Drama Budak Tebing 2  Episod 1 - Episod 13 (Akhir) | Slot Lestary terbaru memaparkan Drama Budak Tebing 2. Drama Budak Tebing 2 merupakan drama kesinambungan Drama Budak Tebing. Masih mengekalkan Slot Lestary untuk bersiaran.

Drama Budak Tebing 2 mulai siar 18 Jun 2021 menggantikan Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang terpaksa dihentikan tayangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebab terdapat babak-babak belum diselesai.

Siri Terbaru Drama Budak Tebing 2 akan siar sebanyak 13 Episod Penuh.



TONTON DRAMA BUDAK TEBING 2 EPISOD 1 - EPISOD 13 (EPISOD AKHIR) - https://www.iq.com/play/qgxtnsacw1?&lang=ms_my&sh_pltf=4

SINOPSIS BUDAK TEBING 2

Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.


Drama Budak Tebing Siri 1 & Sinopsis Budak Tebing 

Bagi yang belum menonton siri 1 Drama Budak Tebing, boleh menonton menerusi ➡️https://www.iq.com/play/1nx86sg8wrd?&lang=ms_my&sh_pltf=4






Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.

Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?


Senarai Pelakon Drama Budak Tebing 2

  • Aedy Ashraf sebagai Tongki
  • Adam Lee sebagai Arif
  • Bella Dowanna sebagai Laura
  • Eyka Farhana sebagai Ira
  • Syafie Naswip sebagai Paan
  • Fariz Isqandar sebagai Yoyol
  • Imran Aqil sebagai Pijoy
  • Firdaus Ghufran sebagai Talam
  • Fauzi Nawawi sebagai Afendi
  • Pablo Amirul sebagai Pablo
  • Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
  • Nellisa Nizam sebagai Maria


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post