-->

Tuesday, May 11, 2021

author photo

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 30 (Slot MegaDrama) | Gandingan Shukri Yahaya &  Uqasha Senrose Drama adaptasi novel adalah drama yang amat dinanti-nanti oleh peminat drama dan novel. Lebih-lebih lagi karya ditampilkan amat menarik dan ditulis oleh penulis kegemaran ramai. Seringkali drama adaptasi novel menjadi intaian rakyat Malaysia dan luar negara. 

Sebelum ini, Drama 7 Hari mencintaiku siri 1 dan siri 2 antara drama yang mendapat tontonan yang di luar jangkaan. Sekali lagi, karya penulis yang sama iaitu Siti Rosmizah dengan judul novel Rindu Awak Separuh Nyawa akan diadaptasi dalam drama. 

Tarikh siaran Drama Rindu Separuh Nyawa adalah mulai 23 Mac 2021 akan datang. Untuk pelakon utama, Rindu Awak Separuh Nyawa masih mengekalkan pelakon Shukri Yahaya sebagai hero utama. Manakala heroin pula, pelokon Uqasha Senrose. 

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, mengisahkan seorang gadis yang sombong dan bongkak. Namun pertemuan dengan Pak Ustaz membuka lembaran baru dalam hidupnya. Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.  




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 30

Semakin hari semakin sakit hati Nurul Huda dengan kemersaaan Nazrio daj Maisara. Bagi Nurul Huda, Nazril terpaksa melayan Maisara sebab kehendak Uminya. Puan Norida terlalu gembira dengan hubungan anak dan menantunya yang semakin pulih. Puan Esah mengapi-apikan Nurul Huda agar pertahankan haknya iaitu mendapatkan Nazril dengan cara apa sekalipun. Nurul Huda mengatakan ada penipuan terbesar Maisara yang akan membantu mereka untuk menyisihkan Maisara.  





Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 29

Maisara naik hantu. Gara-gara mulut Maisara yang dah pandai cucuk jarum, buatkan Nazril marahkan Maisara. Maisara menolak, menampar-nampar dan menarik tudung Nurul Huda. Dia tidak peduli kalau Nurul Huda mendapatkan Nazril, tetapi dia tidak suka diburuk-burukkan oleh Nurul Huda. Nazril pula menuduh Maisara bukan-bukan.



Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 28

Geram Maisara terhadap Nurul Huda tak dapat dibendung lagi. Nurul Huda menggunakan cara kotor untuk mengenakannya. Akan tetapi Nurul Huda buat seperti biasa, seperti seorang ustazah yang suci murni. Nazril pula asyik sebelahkan Nurul Huda je. Jahat Maisara je dia nampak.






Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 27

Puan Norida tahu bahawa Nazril masih sayangkan Maisara walaupun pelakuan mesra itu dibuat-buat depannya. Maisara buat perangai lagi bila Nazril tiada di sisi dan mangsanya adalah Manja. Maisara marah bila mengajar Manja untuk membuat semua perkara dengan betul.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 26


Nazril cemburu bila Maisara selalu whatsapp Aidil. Kata tak sayang tetapi cemburu. Huda tak habis-habis dengan perangai gedik, dah pandai cucuk jarum. Lagi tak menahan siap pandai sindir-sindir pula.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 25

Aidil tak boleh melupakan Maisara. Dia yakin dia boleh bahagiakan dan menjaga Maisara. Namun Nazril mempersoalkan Aidil yang ambil berat tentang kehidupan isteri orang. 

Maisara pelik apabila Aidil mengatakan dia sanggup memberi berapa saja yang dimahukan Maisara sekiranya Maisara mahu menerima dia menjadi suami.

Dalam hati Maisara tiada lelaki lain yang dicintai melainkan suaminya. Mana mungkin dia akan menerima Aidil dalam hidupnya. Biarpun Nazril membuangnya . 



Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 24

Cinta Nazril terhadap Maisara begitu mendalam. Akan tetapi Nazril tetap ego dan selalu menafikan rasa cinta dan sayang dihatinya. 

Nazril tidak dapat menipu dirinya sendiri yang cinta pertamanya adalah Maisara, namun tidak semudah itu dia hendak menunjukan rasa cinta itu lagi.

Apa yang telah dilakukan oleh Maisara sangat menyakitkan hati dan inilah masanya untuk mengajar Maisara. 

Masalahnya Huda masih berharap cinta Nazril dan akan berusaha untuk menjadi isteri kepada Nazril walau dengan cara apa sekalipun. Yang penting Nazril jadi miliknya. 

Nazril marahkan Maisara kerana libatkan umi dalam masalah rumahtangganya. Sampai sanggup menipu uminya, kononnya Maisara hamil. Apa yang Nazril tahu, doktor memberitahu bahawa Maisara tidak boleh hamil.




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 23

Puan Norida tetap menerima Maisara dan mengatakan Maisara mengandung atau tidak keputusannya tetap sama. Kalau Maisara keluar dari rumah itu, Puan Norida akan tetap menghalau Nazril keluar dari rumah itu. Nazril terkejut dengan keputusan Puan Norida. 

Mahu tidak mahu Nazril tetap menerima Maisara semula. Di hadapan Puan Norida, Nazril melayan Maisara dengan baik. Apabila mereka berdua, mulalah membuat perangai egonya.

Maisara bertahan hari demi hari dan berharap suatu hari nanti Nazril kembali menerima dengan penuh kasih sayang dan cinta.




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 22

Maisara tiba-tiba pengsan. Nazril panik dan takut berlaku apa-apa terhadap Maisara. Perkahwinan antara Nazril dan Nurul Huda tidak menjadi. Akan tetapi Nurul Huda tetap inginkan Nazril menjadi suaminya.

Umi sangat kecewa dengan Nazril. Sanggup Nazril belakangkan Umi dan membiarkan Maisara sorang-sorang di Kuala Lumpur.

Banyak persoalan Maisara sudah terjawab setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari Qistina. Di depan semua orang Maisara menunjukkan yan dia melayan Fatin dengan baik. Akan tetapi sebenarnya dia rimas apabila Fatin terus mendekatinya.

Qistina terpaksa memberitahu Kucai bahawa Maisara yang selalu membantu Kucai apabila dia ada masalah. Biarkan Maisara dengan perangai kekwat dia, akan tetapi hati dia tulus dan baik.

Aidil masih sayangkan Maisara dan berharap Maisara menjadi isterinya apabila bercerai dengan Nazril.




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 21



Nazril terkejut dengan kehadiran Maisara yang tiba-tiba muncul di situ. Nurul Huda pucat mukanya bila melihat Maisara. Izuddin juga kehairanan bila melihat Maisara dan Qistina.

Kehadiran Maisara menjadi tanya kepada umi Nazril. 
Maisara tidak tahan lagi dan mengaku dia sudah mengandung. Semua terus terpaku dengan pengakuan Maisara. 



Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 20

Qistina menuduh Sally sebagai dalang yang membongkar rahsia mereka tetapi Maisara anggap Nurul Huda dalang yang sebenarnya. Maisara mendapat tahu berita terkini tentang Nazril membuatkan dia mengamok dan mahu ke kampung halaman Nazril untuk perhitungan.

Umi nak menjodohkan Nazril dengan pilihan hati dia. Masalahnya, perempuan tersebut musuh utama Sara iaitu Nurul Huda. Sara mengamuk apabila mendapat tahu Naz nak madukan dia dengan musuh dia. 

Sara terus mengajak Qistina balik kampung Naz. 

Ada perhitungan antara dia dan Nazril yang perlu diselesaikan.




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 19

Qistina masih setia menemani Maisara. Aidil dan keluarganya juga setia mengambil berat tentang Maisara. Melihatkan baju raya yang sudah disiapkan oleh Maisara untuk Nazril dan dirinya, Maisara kembali berendam air mata lagi. Begitu tulusnya cinta Maisara buat suaminya.

Nazril ingin membuang ingatannya pada Maisara. Akan tetapi semakin ingin dibuang. Semakin kuat rasa cintanya kepada Maisara. Ego menguasai diri. Lantas Maisara dibiarka hidup dengan penuh kesedihan. Syukurlah Qistina masih sentiasa di sampingnya.

Selepas kematian papanya, Maisara meminta tolong Aidil untuk menguruskan segala harta pusaka papanya. Minta tolong tukarkan harta tersebut ke atas namanya.

Sedangkan harta tersebut sudah dilelong untuk membayar segala hutang papanya. 



Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 18


Nazril keluar rumah tinggalkan Sara selepas mendapat tahu hal yang sebenar. Kesian Sara awal pagi dah pergi pasar nak beli barang nak buat rendang untuk Nazril. 

Maisara tahu siapa dalang yang memberitahu Nazril soal betting tersebut. Maisara anggap Nurul Huda dalang yang sebenarnya.

Di kampung, Nazril menerima Nurul Huda kerana ibunya. Dengan cara itu dia dapat membahagiakan ibunya. Nazril ingin berkahwin dengan Nurul Huda.

Maisara mendapat tahu berita tentang perkahwinan Nazril dengan Nurul Huda. Perkara tersebut membuatkan Maisara mengamuk dan nekad untuk balik ke kampung halaman suaminya untuk membuat perhitungan.






Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 17

Nazril dan Maisara saling meluah apa yang terbuku di hati masing-masing. Mereka sama-sama saling menyintai. Cara panggilan pun tak berbeza. Dari awak saya ke abang, sara. Betapa mereka saling menyintai dan menyayangi.

Qis....aku sayang suami aku Qis...aku tak nak suami aku pergi dari hidup aku Qis. Aku sayang dia separuh nyawa aku Qis.

Sara....kau cakap betul-betul. Apa alasan kau kahwin dengan Nazril. 

Qis...aku kahwin dengan Nazril sebab dendam. Tu dulu Qis. Sekarang aku dah jatuh cinta sepenuh hati aku kat suami aku Qis. 

Aku tak boleh hidup tanpa suami aku Qis.

Sara....soal betting tu kau kena jujur dengan suami kau Sara. Biar dia tahu dari mulut kau sendiri Sara. Jangan dari mulut orang lain.

Maisara nekad untuk memohon maaf kepada suaminya. Dan ingin memberitahu soal betting antara dia dan Sally.

Qis....jom teman sara beli bahan nak buat rendang. Aku nak masak untuk suami aku. Dah aku janji nak soal berjemaah dengan suami aku Qis. 

Belum sempat semua itu terjadi, Nazril dah pergi dari hidup Sara. Nazril tahu soal betting tu dari Huda. Insan yang paling Sara benci. 

Nazril tercabar dan rasa maruahnya dipijak lumat oleh isterinya. Lantas pergi meninggalkan nota dan tak akan kembali lagi kepada Sara. 

Nazril pergi......
Papa pun pergi....
Qis...aku tak ada siapa dah Qis...

Allah dugaan  untuk sara berat...adakah mampu Sara lalui hari demi hari. Mampukah Sara pertahankan rumah tangganya. 


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 16

Nazril dan Maisara hidup bahagia. Sejak peristiwa Nazril nak balik kampung, mereka saling meluah apa yang terbuku di hati.

Namun kebahagiaan mereka tetap bergolak apabila mendapat kerja malah sama-sama bekerja dengan Nurulhuda. Wanita yang amat dibencinya.

Sally tidak berhenti setakat itu sahaja, selagi Maisara bahagia, dia akan tetap memisahkannya. 

Sally memula misi, ingin memberitahu Nurulhuda soal betting antara dia dan Maisara. 

Nurulhuda nekad untuk memberitahu Nazril soal betting tersebut. Apabila Nazril mengetahui soal betting tersebut, Nazril rasa tercabar dan merasakan Maisara mempermainkan maruah dia dan keluarga.

Nazril nekad keluar dari rumah sewanya dan balik kampung.

Hanya nota yang ditinggalkan. Suami pergi...ayah pula meninggal. Maisara tinggal seorang diri ditemani oleh Qistina. Qistina setia di sisi Maisara.







Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 12

Sara meminta izin suaminya untuk bermalam dengan Qistina sepanjang tempoh exam. Sebenarnya Sara merajuk dengan kelakuan suaminya yang buat tak layan dengan kerenah manja. 

Qistina hairan dengan kelakuan Maisara yang cuba melarikan diri dari Nazril. 

Akhirnya Sara tewas dengan kasih sayang ditunjukkan oleh Nazril. Maisara mengaku yang dia betul-betul jatuh cinta dengan Nazril. Waktu yang sama dia risau dengan betting antara dia dan sally.

Maisara risau dan merasakan jodohnya dengan Nazril tidak panjang. 





Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 8

Setelah berkahwin, Nazril memulakan langkah satu-persatu. Nazril meminta Maisara mula bertudung ke kelas. Kemahuan Nazril menjadi perdebatan Maisara. Maisara semakin begang dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Nazril. Biarpun Maisara manja dan degil, akan tetapi Maisara tetap memenuhi kemahuan Nazril. 

Dalam pada itu juga, Nazril juga tidak mahu Maisara menyakiti hati papanya.

Berlainan dengan agenda Maisara. Maisara tidak sabar untuk memberitahu Sally, bahawa dia berjaya menyelesaikan cabaran Sally. 

Naz mengajak Sara berpindah duduk dekat ruma sewanya. Maka bermulalah kehidupan Naz dan sara dekat ruma sewa Naz. Yang jauh berbeza dengan kehidupan Sara sebelum ini. 

Bolehkan Sara bertahan untuk sehari dua? Adakah Sara akan tewas dengan layanan romantik dan sweet suaminya setiap hari.

Kisah yang bermula dengan keangkuhan berakhir menjadi cinta sejati. Mampukah Sara mempertahankan cinta dia terhadap Nazril? 

Dan mampukan Nazril terus mencintai Sara apabila mendapat tahun perkahwinan mereka sebenarnya bermula dari pertaruhan antara Sara dan Sally?




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7

Sara dan Nazril berkahwin akan tetapi ada hati yang mula kecewa. Bermulalah hidup Sara dengan Nazril sebagai suami isteri. Sejak berkahwin, Nazril semakin sweet dan romantik pula. Sara takut jatuh cinta pula. Kalau jatuh cinta, segala misinya tidak akan tercapai.

Nazril tidak berputus asa menunjukkan kasih sayangnya sejak mereka bersama. Tetapi maisara lebih berjaga-jaga supaya tidak tewas dengan Nazril.

Setelah berkahwin, Nazril membawa Sara ke rumah sewanya, Sara benggang apabila mendapati rumah sewa Nazril tidak semewah hidupnya.

Jangan lupa malam nanti....Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 6

Maisara putus asa untuk mendapatkan Nazril. Pelbagai usaha beliau untuk mendapatkan cinta dan sayang Nazril. Akan tetapi, Nazril sedikitpun tak memandang Maisara. 

Namun sejak peristiwa Maisara kemalangan ingin menyelamatkan Nazril. Nazril berubah 100 % dan ingin melamar Maisara. 

Akan tetapi, pada mula Maisara menolak. Takut Nazril menerimanya sebab kasihan akan dirinya. 

Maisara berasa kurang senang apabila semua mengatakan  dia bertuah menjadi isteri kepada Nazril. 

Nazril pula rasa bersalah kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Maisara dari keluarganya serta memungkir janji.

Dalam waktu yang sama, Maisara berasa gembira kerana misinya untuk menjadikan Nazril sebagai suaminya tercapai. 

Bagaimana kesudahannya....Nantikan Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7 akan datang.


Tonton Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 1 


Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 1 

Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 2


Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 3

Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 4





Sinopsis Penuh Rindu Awak Separuh Nyawa boleh intai kat bawah.



Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

"Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Ringkasan / Review Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazri Nazim.

Sejauh manakah cabaran itu dapat direalisasikan dan apakah kesudahan yang berlaku pada Maisara dengan keperibadiannya serta watak di sekelilingnya boleh dibaca dalam novel RASN ini.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.    

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post