-->

Tuesday, April 20, 2021

author photo

Rentas Negeri Hanya Diluluskan Pada Isnin Hingga Khamis Sahaja | Seperti yang kita sedia maklum, sejak Februari hingga kini rentas negeri dan rentas zon masih tidak boleh dilakukan. Hanya yang ada permit sahaja yang boleh rentas negeri atau zon. 

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, pergerakan hanya diluluskan untuk hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

Menurut beliau, ketetapan tersebut berterusan hingga selepas Hari Raya Aidilfitri.


Rentas Negeri / Zon hanya diberikan dan diluluskan serta dibenarkan bagi tujuan atau urusan seperti :-
  • Tujuan Pekerjaan
  • Tujuan Kecemasan
  • Tujuan Kematian
  • Tujuan Perubatan
  • Tujuan Pendidikan
  • Pasangan Jarak Jauh

Hanya bagi 6 tujuan di atas diluluskan untuk Rentas Negeri/ Zon. 

Permohonan bagi hari Jumaat hingga Ahad hanya diberikan untuk kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagi individu yang ingin memohon permit rentas/ negeri perlulah dilakukan pada Isnin hingga Khamis sahaja. 


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post