-->

Sunday, April 11, 2021

author photo
OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa - Lirik Lagu Separuh Nyawa (Naqiu Boboy &  Vanessa Reynauld) : Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Gandingan Shukri Yahaya &  Uqasha Senrose Drama adaptasi novel adalah drama yang amat dinanti-nanti oleh peminat drama dan novel. Lebih-lebih lagi karya ditampilkan amat menarik dan ditulis oleh penulis kegemaran ramai. Seringkali drama adaptasi novel menjadi intaian rakyat Malaysia dan luar negara. 

Sebelum ini, Drama 7 Hari mencintaiku siri 1 dan siri 2 antara drama yang mendapat tontonan yang di luar jangkaan. Sekali lagi, karya penulis yang sama iaitu Siti Rosmizah dengan judul novel Rindu Awak Separuh Nyawa akan diadaptasi dalam drama. 

Tarikh siaran Drama Rindu Separuh Nyawa adalah mulai 23 Mac 2021 akan datang. Untuk pelakon utama, Rindu Awak Separuh Nyawa masih mengekalkan pelakon Shukri Yahaya sebagai hero utama. Manakala heroin pula, pelokon Uqasha Senrose. 

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, mengisahkan seorang gadis yang sombong dan bongkak. Namun pertemuan dengan Pak Ustaz membuka lembaran baru dalam hidupnya. Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.  







Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

"Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Ringkasan / Review Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazri Nazim.

Sejauh manakah cabaran itu dapat direalisasikan dan apakah kesudahan yang berlaku pada Maisara dengan keperibadiannya serta watak di sekelilingnya boleh dibaca dalam novel RASN ini.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.   

OST Drama Rindu Awak Separuh Nyawa - Lirik Lagu Separuh Nyawa (Naqiu Boboy &  Vanessa Reynauld)




Terpisah kita
Angkara dusta cinta
Luluh jiwa dan raga
Saat dikau tiada
Di kala rindu ini membara
Kupandang bintang wajah menjelma
Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang, jika kau pergi

Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Wo-woo, wo-hoo
Woo-oo
Kupandang bintang wajahmu menjelma, ooh
Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang, jika kau pergi
Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa

Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka (penawar duka)
Sayang, jika kau pergi, ho-woo
Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Duhai nyawa

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post