-->

Thursday, April 15, 2021

author photo

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 15 | Gandingan Shukri Yahaya &  Uqasha Senrose Drama adaptasi novel adalah drama yang amat dinanti-nanti oleh peminat drama dan novel. Lebih-lebih lagi karya ditampilkan amat menarik dan ditulis oleh penulis kegemaran ramai. Seringkali drama adaptasi novel menjadi intaian rakyat Malaysia dan luar negara. 

Sebelum ini, Drama 7 Hari mencintaiku siri 1 dan siri 2 antara drama yang mendapat tontonan yang di luar jangkaan. Sekali lagi, karya penulis yang sama iaitu Siti Rosmizah dengan judul novel Rindu Awak Separuh Nyawa akan diadaptasi dalam drama. 

Tarikh siaran Drama Rindu Separuh Nyawa adalah mulai 23 Mac 2021 akan datang. Untuk pelakon utama, Rindu Awak Separuh Nyawa masih mengekalkan pelakon Shukri Yahaya sebagai hero utama. Manakala heroin pula, pelokon Uqasha Senrose. 

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, mengisahkan seorang gadis yang sombong dan bongkak. Namun pertemuan dengan Pak Ustaz membuka lembaran baru dalam hidupnya. Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.  





Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 12

Sara meminta izin suaminya untuk bermalam dengan Qistina sepanjang tempoh exam. Sebenarnya Sara merajuk dengan kelakuan suaminya yang buat tak layan dengan kerenah manja. 

Qistina hairan dengan kelakuan Maisara yang cuba melarikan diri dari Nazril. 

Akhirnya Sara tewas dengan kasih sayang ditunjukkan oleh Nazril. Maisara mengaku yang dia betul-betul jatuh cinta dengan Nazril. Waktu yang sama dia risau dengan betting antara dia dan sally.

Maisara risau dan merasakan jodohnya dengan Nazril tidak panjang. 





Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 8

Setelah berkahwin, Nazril memulakan langkah satu-persatu. Nazril meminta Maisara mula bertudung ke kelas. Kemahuan Nazril menjadi perdebatan Maisara. Maisara semakin begang dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Nazril. Biarpun Maisara manja dan degil, akan tetapi Maisara tetap memenuhi kemahuan Nazril. 

Dalam pada itu juga, Nazril juga tidak mahu Maisara menyakiti hati papanya.

Berlainan dengan agenda Maisara. Maisara tidak sabar untuk memberitahu Sally, bahawa dia berjaya menyelesaikan cabaran Sally. 

Naz mengajak Sara berpindah duduk dekat ruma sewanya. Maka bermulalah kehidupan Naz dan sara dekat ruma sewa Naz. Yang jauh berbeza dengan kehidupan Sara sebelum ini. 

Bolehkan Sara bertahan untuk sehari dua? Adakah Sara akan tewas dengan layanan romantik dan sweet suaminya setiap hari.

Kisah yang bermula dengan keangkuhan berakhir menjadi cinta sejati. Mampukah Sara mempertahankan cinta dia terhadap Nazril? 

Dan mampukan Nazril terus mencintai Sara apabila mendapat tahun perkahwinan mereka sebenarnya bermula dari pertaruhan antara Sara dan Sally?




Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7

Sara dan Nazril berkahwin akan tetapi ada hati yang mula kecewa. Bermulalah hidup Sara dengan Nazril sebagai suami isteri. Sejak berkahwin, Nazril semakin sweet dan romantik pula. Sara takut jatuh cinta pula. Kalau jatuh cinta, segala misinya tidak akan tercapai.

Nazril tidak berputus asa menunjukkan kasih sayangnya sejak mereka bersama. Tetapi maisara lebih berjaga-jaga supaya tidak tewas dengan Nazril.

Setelah berkahwin, Nazril membawa Sara ke rumah sewanya, Sara benggang apabila mendapati rumah sewa Nazril tidak semewah hidupnya.

Jangan lupa malam nanti....Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 6

Maisara putus asa untuk mendapatkan Nazril. Pelbagai usaha beliau untuk mendapatkan cinta dan sayang Nazril. Akan tetapi, Nazril sedikitpun tak memandang Maisara. 

Namun sejak peristiwa Maisara kemalangan ingin menyelamatkan Nazril. Nazril berubah 100 % dan ingin melamar Maisara. 

Akan tetapi, pada mula Maisara menolak. Takut Nazril menerimanya sebab kasihan akan dirinya. 

Maisara berasa kurang senang apabila semua mengatakan  dia bertuah menjadi isteri kepada Nazril. 

Nazril pula rasa bersalah kerana merahsiakan perkahwinannya dengan Maisara dari keluarganya serta memungkir janji.

Dalam waktu yang sama, Maisara berasa gembira kerana misinya untuk menjadikan Nazril sebagai suaminya tercapai. 

Bagaimana kesudahannya....Nantikan Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod 7 akan datang.


Tonton Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 1 


Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 1 

Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 2


Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 3

Drama Rindu Separuh Nyawa Episod 4





Sinopsis Penuh Rindu Awak Separuh Nyawa boleh intai kat bawah.



Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

"Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Ringkasan / Review Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazri Nazim.

Sejauh manakah cabaran itu dapat direalisasikan dan apakah kesudahan yang berlaku pada Maisara dengan keperibadiannya serta watak di sekelilingnya boleh dibaca dalam novel RASN ini.


Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.   

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post