-->

Tuesday, March 2, 2021

author photo

Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Lakonan Amelia Henderson dan Sean Lee (Slot Lestary) : Drama terbaru yang mulai siar pada 10Mac 2021. Drama berjudul Romantika 4 Hari 3 Malam menggantikan Drama Semua Salahku.

Drama Romantika 4 Hari 3 Malam menggandingkan Amelia Henderson dan Sean Lee sebagai teraju utama. Drama adaptasti novel karya Wizana Emilia.

Jangan lupa nantikan drama Romantika 4 Hari 3 Malam - 13 Episod Penuh di TV3.





Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Lana Analia memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?


Baca Novel Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 1 - Bab 10 (Drama Adaptasi Novel) : Sebaik sahaja tamat drama Melastik Ke Hatimu, Drama Romantika 4 Hari 3 Malam akan bersiaran. 


Drama Romantika 4 Hari 3 malam menampilkan gandingan Amelia Henderson dan Sean Lee sebagai pelakon utama. 


Drama Romantika 4 Hari 3 Malam merupakan naskhah novel karya Wizana Emila dan bersiar sebanyak 13 episod penuh menerusi Slot Lestary.


Sebelum korang menonton drama ini, boleh baca 10 bab novel pada link di bawah. 



Baca Novel Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 1 hingga Bab 10 

  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 1 👉https://www.wattpad.com/782902252-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 2 👉https://www.wattpad.com/782902411-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 3 👉https://www.wattpad.com/782902505-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 4 👉https://www.wattpad.com/782902596-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 5 👉https://www.wattpad.com/782902702-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 6 👉https://www.wattpad.com/782902769-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 7 👉https://www.wattpad.com/782902836-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 8 👉https://www.wattpad.com/782902925-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 9 👉https://www.wattpad.com/782904123-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 10 👉https://www.wattpad.com/782904272-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4



Sinopsis Novel Romantika 4 Hari 3 Malam

Lana Analia… memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

“Jangan lupakan saya!” – Amar

“Tak mungkin!” – Lana

“Janji?” – Amar

“Janji!” – Lana

“Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!” – Amar

“Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!” – Lana

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post