-->

Sunday, February 28, 2021

author photo

Kadar Dividen KWSP 5.20% Simpanan Konvensional & 4.90% Simpanan Shariah Tahun 2020 : Seperti yang kita sedia maklum setiap tahun KWSP akan mengemaskinikan jumlah dividen yang akan diterima oleh pencarum. Jumlah yang dividen diagihkan kepada pencarum sebanyak 5.20% bagi simpanan konvensional. Manakala bagi pencarum yang memilih untuk simpanan shariah sebanyak 4.90%.





Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.




Mengapa Perlu Memilih Simpanan Shariah ?



Ahli Beragama Islam:

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.

  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.

  • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.



Ahli Bukan Beragama Islam:

  • Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:
  • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Siapa Yang Layak Simpanan Shariah

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Semua Agama
  • Semua Bangsa


Untuk lebih detail tentang simpan Shariah👇https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah





1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post