-->

Friday, February 26, 2021

author photo

Drama Cinta Untuk Raf Episod 1 - Episod 9 : Drama Cinta Untuk Raf ditayangkan menerusi slot Bidadari di TV1 mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang.


Drama adaptasi novel Cinta Untuk Raf karya Rabihah Nur Ridhuan bersiar mulai 15 Februari 2021. Drama ini menampilkan gandingan Luqman Hafidz dan Sasqiah Dahuri sebagai tunggak utama. Turut dibantu oleh Tash Yong, Badrul Nuhayat, Dilla Ahmad, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. 



Untuk informasi Drama Cinta Untuk Raf

Drama : CINTA UNTUK RAF
Jumlah Episod : 26 Episod Penuh
Tarikh Siar : 15 Februari 2021
Waktu Siar : Isnin-Jumaat, 3.05 petang
Slot Bidadari TV1 (RTM)


Skrip Drama Cinta Untuk Raf ini ditulis oleh Adza Emie. Manakala naskhah novel pula hasil karya Rabihah Nur Ridhuan.Drama ini diarahkan oleh pengarah Zek Zukry. 


Senarai pelakon : 

Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad , Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, Shakira Stephen



Sinopsis Drama Cinta Untuk Raf

Drama Cinta Untuk Raf ini mengisahkan manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Segala impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua.


Raf merupakan anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri.Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.


Namun sayang, manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya.


Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.


Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked.Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. 


Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti.Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi.


Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?


Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. 


Korang juga boleh Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Drama Cinta Untuk Raf Episod 1 hingga Episod 26 (Episod Akhir) 


  • Cinta Untuk Raf Episod 1👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-796353

  • Cinta Untuk Raf Episod 2👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-797375

  • Cinta Untuk Raf Episod 3👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-797377

  • Cinta Untuk Raf Episod 4👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-799472

  • Cinta Untuk Raf Episod 5👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-799481

  • Cinta Untuk Raf Episod 6👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-800518

  • Cinta Untuk Raf Episod 7👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-800522

  • Cinta Untuk Raf Episod 8👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-801635

  • Cinta Untuk Raf Episod 9👇https://myklik.rtm.gov.my/program/2-12915-802053



Sinopsis Novel Cinta Untuk Raf


Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.
“Kalau suatu hari abang marah dan Orked tak mampu nak pujuk, bolehkah masa tu abang maafkan Orked?” ~ Orked

“Abang kecewa. Abang tak tahu nak buat apa. I’ll give you, my everything, but... I haven’t got the smallest fraction of your trust.” ~ Raf

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post