-->

Tuesday, January 26, 2021

author photo
Tempoh Permohonan Dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Mulai 15 Januari 2021 Sehingga 15 Februari 2021 : Seperti mana yang kita sedia maklum pada pembentang bajet lepas, BSH akan diteruskan bayaran. Akan tetapi ditukar nama dengan BPR iaitu Bantuan Prihatin Rakyat. 

Bagi yang pernah memohon dan lulus BSH, anda hanya perlu mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam permohonan online. Harus diingat, log masuk akaun anda mesti sama dengan log masuk BSH (Bantuan Sara Hidup). 

Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda reset kembali kata lauan. 


Tempoh Permohonan Dan Pengemaskinian BPR 2021

Untuk makluman pemohon, tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Sekiranya terdapat perubahan pada tarikh pihak LHDN akan memaklumkan.

Bagi pemohon yang ingin memohon, anda digalakkan memohon secara atas talian. Sebarang permohonan boleh di mohon menerusi link di bawah.

👉Mohon BPR 2021 - https://bpr.hasil.gov.my/



Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.


Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan BPR 2021.



Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Penerima BPR 2021

Isi Rumah

  • Berkahwin (Ada atau Tiada Anak)
  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang mempunyai anak
  • Bujang termauk OKU berumur 60 tahun dan ke atas.

Bujang

  • Bujang atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tiada anak serta
  • Had umur 21 hingga 59 tahun atau OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun






This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post