-->

Monday, January 25, 2021

author photo

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong - Astro Citra : Hujung minggu anda bakal disajikan dengan telefilem seram. Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong menampilkan gandingan Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran, Amalina Yusof, Deyana Desa dan ramai lagi.

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong siar pada 30 Januari 2021 ini, 9.00 malam di Astro Citra dan tayangan serentak  menerusi Astro Citra HD. 


Tonton Online Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong 👇👇👇

https://t.me/DramatelemovieChannel/295



Informasi Telefilem 

Telefilem 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Sabtu, 30 Januari 2021, 9:00 malam

Astro Citra dan Citra HD



SINOPSIS 44 HARI BANGKITNYA POCONG

Mengisah seorang isteri yang telah meninggal dunia. Namun beliau bangkit semula selama 44 hari untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukanya. Dosa apa yang dilakukan oleh si isteri. Jangan lupa menonton 
Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong siar pada 30 Januari 2021 ini, 9.00 malam di Astro Citra dan Astro Citra HD.



Mengisahkan Maimon yang meninggal dunia secara mengejut dan menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya tidak disenangi.

Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan harinya kerana menunggu anaknya pulang dari Singapura.

Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah Maimon bangun menyebabkan seluruh kampung melarikan diri.

Pada malam tahil yang pertama penduduk mula diserang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong.

Suami Maimon Anjang Kamal mula didatangi hantu pocong Maimon yang meminta maaf.

Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema kerana kecaman orang kampung. Namun dalam masa yang sama cuba merungkai punca pocong Maimon mula menghantui orang kampung.

Satu perbuatan terkutuk Maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada suaminya Anjang Kamal dan menjadikan Aizat semakin terteka.

Mampukah Aizat menghentikan hantu pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post