-->

Saturday, January 16, 2021

author photo

Senarai Drama Slot Lestary Akan Datang - Drama Adaptasi Novel Melastik Ke Hatimu, Romantika 4 Hari 3 Malam dan Hello, Jangan Tapau Cintaku : Tidak asing lagi bagi peminat drama adaptasi novel. Drama adaptasi novel inilah yang amat dinanti-nantikan. Terbaru drama adaptasi novel yang akan bersiar menerusi slot lestary tv3. Antaranya Melastik Ke Hatimu, Romantika 4 Hari 3 Malam dan Hello, Jangan Tapau Cintaku. 

Sekarang bersiar drama Hadiah Dari Tuhan dan akan tamat siar pada minggu hadapan. Bakal menggantikan drama tersebut adalah drama Melastik Ke Hatimu. Drama Melastik Ke Hatimu ini nanti bakal menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai terajui utama. 




Baca Novel Melastik Ke Hatimu Bab 1 hingga Bab 12

  • Melastik Ke Hatimu Bab 1 👉https://www.wattpad.com/622069966-bab-1~melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 2 👉https://www.wattpad.com/622440178-bab-2~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 3 👉https://www.wattpad.com/623091854-bab-3~melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 4 👉https://www.wattpad.com/630991767-bab-4~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 5 👉https://www.wattpad.com/671384614-bab-5~melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 6 👉https://www.wattpad.com/830087848-bab-6~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 7 👉https://www.wattpad.com/856737090-bab-7~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 8 👉https://www.wattpad.com/856747813-bab-8~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 9 👉https://www.wattpad.com/858493986-bab-9~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 10 👉https://www.wattpad.com/868485675-bab-10~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 11 👉https://www.wattpad.com/876803158-bab-11~-melastik-ke-hatimu
  • Melastik Ke Hatimu Bab 12 👉https://www.wattpad.com/877363248-bab-12~-melastik-ke-hatimu



Sinopsis Novel Melastik Ke Hatimu

Cepat-cepat dia capai dompet dan telefon. Sebelum Ziyyad masuk, lebih baik dia segera beredar. Nasib baik dia ada selipar bulu-bulu, jadi bolehlah nak guna untuk sementara. Harap-harap orang tak pandang pelik pada aku nanti sebab pakai selipar yang diguna dalam rumah.


Nota ringkas yang mengatakan dia keluar dengan Naim sudah tertulis pada cermin menggunakan gincu.

"Curang-curang aku pun, aku minta izin okey tapi bukan depan-depanlah." Haura sengih tak bersalah.

Siap nota ditulis, dia apa lagi, terus panjat jendela. Masa tu dia dah gelengkan kepala. Kenapalah aku gedik sangat pakai skirt labuh hari ni? Kan dah susah nak panjat. Terpaksa selak kain sampai paras paha.

"Ini kalau tersilap langkah, boleh jatuh tersembam kat tanah ni."

Bila kedua-dua kaki sudah terjulur ke luar jendela, dia sudah bersedia untuk terjun. Belum sempat dia terjun, terasa hujung skirtnya tersepit pada engsel jendela. Cepat-cepat dia tarik namun ia seperti melekat di situ. Bila dalam keadaan kelam-kabut, semua benda jadi susah.

“Awak buat apa duduk atas jendela tu?”

Terkejut Haura dengan teguran yang tiba-tiba itu. Dia apa lagi, terus terterjunlah dari jendela dan soal hujung kainnya tersepit terus dia lupakan. Terkoyaklah skirt yang dia pakai. Bukan sikit, tapi terus terkoyak sampai ke paha. Malu dapat, sakit pun dapat. Nasib baik rumah papannya jenis rendah, kalau tinggi tadi boleh patah kaki dia.

“Astaghfirullahalazim… awak okey ke tak tu?” Soal Ziyyad dari jendela.

Terkejut dia bila melihat isterinya boleh pula bertenggek atas jendela malam-malam begini. Dah rupa macam orang kena rasuk pun ada. Tak sangka pula teguran dia tadi mengejutkan wanita itu. Itulah, siapa suruh duduk situ. Yang kelakarnya siap tertonggeng lagi.

“Issh! Sakitlah!” Marah Haura sedikit perlahan sambil menyapu lengan yang terlekat pasir.

“Ini kalau mak awak tahu, mesti awak kena marah kaw-kawlah kan? Dahlah masih anak dara, bertenggek pula di jendela.”

Terbeliak mata Haura mendengarkannya. Terketap terus bibirnya.

“Ehh...awak nak buat apa tu?” Haura bersuara melihatkan Ziyyad juga mula bertenggek di jendela.

“Nak juga saya rasa macam mana perasaan keluar rumah melalui tingkap ni.” Ziyyad sengih dan terjun ke bawah melalui jendela.

Buk! Tapak kakinya menapak di sisi Haura yang masih terduduk.
Dibantu tubuh isterinya untuk bangun namun cepat pula tangan wanita itu menepis.

“Dalam keadaan begini pun, masih lagi awak sombong.” Dia dah boleh agak dan yakin ke mana Haura ingin pergi. Hebat betul cinta Naim ni sampai aku sebagai suami pun dia tak hormat.

“Kalau tinggi, dah lama saya mati tadi! Main sergah aje!” Marah Haura. Tudung bawal yang dipakai terus dibuka. Serabut pula dia rasa.

“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” Jeling Ziyyad. Masih berpura-pura tidak tahu.
Dia cuba kawal perasaan sebaik mungkin walaupun dalam hatinya begitu sakit dengan perbuatan Haura. Nasib baik dia cepat tadi, kalau tak memang seronoklah Haura boleh keluar dengan Naim.

“Saya ambil anginlah,” bohong Haura. Malu betul dia rasa ketika ini. Harap-harap dia tak baca lagi apa yang aku tulis pada cermin tadi.

“Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad. Tak perlulah nak menipu Haura, aku dah tahu tujuan kau tu.

Haura buat tidak endah. Dia cuba untuk memanjat kembali jendela biliknya dari luar. Alang-alang dah turun ikut situ, lebih baik dia naik semula. Tak kan nak melintas depan mak pula. Kan pelik pula orang tua tu nanti.

Nak tergelak Ziyyad dengan perlakuan isterinya. Bila wanita itu menjeling, terus dia palingkan muka ke arah lain. Kelakar betul bila melihat Haura memanjat jendela yang gayanya seperti pencuri. Lagi lucu bila skirt yang dipakai terbelah dan menampakkan paha yang putih gebu itu.

“Kaki Encik Ziyyad dah kotor kan? Sila guna pintu depan ataupun belakang.” Bila dah masuk semula ke dalam bilik, terus dia tutup pintu jendela. Buat tak kisah pada Riyyad yang mendongak pandang dirinya. Lekas-lekas tisu dicapai lalu apa yang tertulis pada cermin dilap sebelum Ziyyad kembali ke bilik.
Bila telinganya menangkap bunyi tombol pintu dipulas, terus dia berlari ke katil dan duduk di situ gaya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Meh saya sapukan ubat,” pelawa Ziyyad.
Sebelum masuk ke dalam bilik tadi, dia sempat meminta ubat luka dengan mentuanya tadi. Bila ditanya untuk apa, dia beritahu yang jari Haura tersepit pintu almari. Tak kan nak beritahu yang Haura terjun jendela pula.

“Tak payahlah Encik Ziyyad. Sikit saja ni.” Haura menolak. Tertelan air liur bila tiba-tiba lelaki itu duduk rapat dengannya. Aroma dari tubuh itu betul-betul mengasyikkan.

“Kalau tak disapu ubat, nanti lagi teruk.” Ziyyad tetap tarik tangan isterinya. Lengan wanita itu dilap dengan tuala basah terlebih dahulu sebelum disapu ubat.

“Aww...” Haura mengadu sakit.

“Memanglah pedih sikit, tapi insya-Allah tak sakit dah lepas ni.” Ziyyad sengih, jeling isterinya.

Kali ini Haura biarkan sahaja perlakuan suaminya itu. Sesekali matanya mengerling wajah kacak milik Ziyyad. Nampak keikhlasan di situ. Dia baik sangat pada aku, tapi apa yang aku dah buat pada dia?




Baca Novel Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 1 hingga Bab 10 

  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 1 👉https://www.wattpad.com/782902252-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 2 👉https://www.wattpad.com/782902411-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 3 👉https://www.wattpad.com/782902505-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 4 👉https://www.wattpad.com/782902596-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 5 👉https://www.wattpad.com/782902702-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 6 👉https://www.wattpad.com/782902769-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 7 👉https://www.wattpad.com/782902836-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 8 👉https://www.wattpad.com/782902925-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 9 👉https://www.wattpad.com/782904123-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4
  • Romantika 4 Hari 3 Malam Bab 10 👉https://www.wattpad.com/782904272-romantika-4-hari-3-malam-wizana-emilia-romantik-4



Sinopsis Novel Romantika 4 Hari 3 Malam

Lana Analia… memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai.

Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu.

“Jangan lupakan saya!” – Amar

“Tak mungkin!” – Lana

“Janji?” – Amar

“Janji!” – Lana

“Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!” – Amar

“Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!” – Lana

Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan.

Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?




Sinopsis Novel Hello, Jangan Tapau Cintaku

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

 Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati.

 

 Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

 

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara.

 Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post