-->

Thursday, November 12, 2020

author photo

Slot Samarinda Drama Beri Sedikit Waktu & Slot Lestary Drama Sang Pewaris : Berakhir drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda terbaru akan menyusul dengan Judul Drama Beri Sedikit Waktu.

Drama Beri Sedikit Waktu ini nanti akan menampilkan gandingan Aqasha dan Zara Zya sebagai terajui utama. Seperti yang kita sedia maklum, drama ini nanti akan bersiar 16 November 2020 (Isnin).

Drama Beri Sedikit Waktu bersiar 15 Episod penuh.


Informasi tentang drama ini cik akak kongsikan di bawah.

Judul Drama : BERI SEDIKIT WAKTU
Jumlah Episod Penuh  : 15 Episod
Tarikh Siar : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Insheera Nordin 
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin 
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading
Senarai Pelakon Terlibat : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir



Senarai Watak Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu - Slot Samarinda TV3


  • Aqasha sebagai Imran
  • Zara Zya sebagai Hananiah
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir
  • Rayyan Iman sebagai Lukman
  • Ain Sufia sebagai Elly
  • Ummar Dzariff sebagai Imran 
  • Aryana Amani sebagai Sofea 


SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU

- AKAN DIKEMASKINI


Slot Lestary Drama Lelaki Lingkungan Cinta juga akan tamat pada 18 November 2020. Drama Lelaki Lingkungan Cinta akan digantikan dengan drama adaptasi novel karya Fizziany dengan Judul Sang Pewaris. 

Drama Sang Pewaris akan diterajui oleh Ben Amir dan Amyra Rosli sebagai tunggak utama. Drama ini mulai bersiar pada 19 November 2020 menerusi slot Lestary TV3.

Dapatkan Novel Sang Pewaris di laman facebook penulis - https://m.facebook.com/pg/Fizziany-1331643353583951/posts/?ref=page_internal&mt_nav=0



Sinopsis Novel Sang Pewaris 

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;


1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!


2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!


3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!


4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.


Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. 

Dia pulang juga akhirnya.
Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. 

Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.


Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.


Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.


Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.


Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.


Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.


Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.


Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post