-->

Sunday, November 29, 2020

author photo

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Episod 1 - Episod 32 (Episod Akhir) : Lafazkan Kalimah Cintamu siri drama romantik 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018.

Drama diadaptasi dari novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah Semail. Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. 

Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.


Tonton Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Episod 1 - Episod 32 (Akhir) >>> https://www.iq.com/play/17z1ld8k7np?&lang=ms_my&sh_pltf=4


Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah (Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil), jejaka tampan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post