-->

Friday, November 27, 2020

author photo

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 17 Gandingan Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan & Hannah Delisha & Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi : Rangkaian drama terbaru yang akan menggantikan drama Ryan Aralyn. Drama terbaru ini bukan drama adaptasi novel.  Sepertimana yang kita sedia maklum, drama slot akasia akan bersiar sebanyak 28 episod penuh. 

Drama Cinta Sekali Lagi ini menampilkan gandingan tiga terajui utama iaitu Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha.

Untuk minggu pertama, kita tengok percaturan mereka. 


Judul Drama : Drama Cinta Sekali Lagi
Jumlah Episod Penuh : 28 Episod
Slot Akasia TV3
Mulai Siar 04 November 2020

Untuk tontonan live setiap episod Drama Cinta Sekali lagi boleh klik web ini  = https://www.tonton.com.my/live/tv3



Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI 



Cara menonton - highlight link dan klik search.




Drama Cinta Sekali Lagi bergenrekan  konflik keluarga dan cinta. Korang rasa drama ini drama cinta tiga segi ke?

Promo Drama Cinta Sekali Lagi 





Lagu OST Drama Cinta Sekali Lagi ialah lagu Tanpa Rela - Misha Omar

Tanpa Rela - Misha Omar

Lirik Lagu Tanpa Rela - Misha Omar

Saat Engkau Pergi,
Dan Tinggalkan Cintaku,
Terbiar Hatiku Hanyut Tak Terpujuk
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Tegarnya Kau Mengakhiri
Dan Memilih Dia
Hanya Aku Dan Diriku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku
Semua Terjadi Atas Kemahuanmu,
Memadam Hatiku Dan Hadiahkanku... Sepi
Sayang Tak Pernah Ku Duga
Cinta Yang Ku Puja
Terhapus Dimamah Dusta
Hanya Aku Dan Diri Ku
Sendirian Didera Waktu
Tanpa Relaku...
Berakhir Kisah Duka Antara Kita
Hanya Tuhan Yang Tahu Segalanya




Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi
Pertemuan Fahad dan Amanda tanpa sengaja membibitkan rasa cinta di hati mereka. Kemudian mereka berkahwin dan bahagia. Namun Amani tidak senang dengan kebahagiaan kakak kandungnya. Amani cemburu dan nekad untuk menghancurkan hubungan Fahad dan Amanda. Dan Amani nekad untuk merebut Fahad daripada Amanda. Berjayakah Amani memisahkan mereka?


Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi 

 kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?



Senarai Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi


Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani

Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post