-->

Monday, November 30, 2020

author photo

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 9 :  Drama Beri Sedikit Waktu Gandingan Aqasha & Zara Zya - Slot Samarinda : Berakhir drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda terbaru akan menyusul dengan Judul Drama Beri Sedikit Waktu.

Drama Beri Sedikit Waktu ini nanti akan menampilkan gandingan Aqasha dan Zara Zya sebagai terajui utama. Seperti yang kita sedia maklum, drama ini nanti akan bersiar 16 November 2020 (Isnin).

Drama Beri Sedikit Waktu bersiar 15 Episod penuh.


Tonton Live Beri Sedikit Waktu Episod 5 - Episod 8


 ( Tonton Live hanya siar jam 10.00 hingga 11 malam sahaja)

Video Teaser Drama Beri Sedikit Waktu Episod 5 - Episod 8






 Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode (Episode 1 - Episode 15 (Akhir)


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 1 - https://youtu.be/l6P4J_hzqEw


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 2 - https://youtu.be/sNRt52lLKL0


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 3 - https://youtu.be/dBdJjQSVynY


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 4 - https://youtu.be/Zno2qifXCVw


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 5 - https://youtu.be/7WVts696fB4


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 6 - https://youtu.be/VV5jmlEZJAQ


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 7 - https://youtu.be/g0k6ZESUm_8


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 8 - https://youtu.be/htriLTPkih0


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 9 - https://youtu.be/7tHLr-HMDD4


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 10


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 11


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 12


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 13


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 14


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 15


Informasi tentang drama ini cik akak kongsikan di bawah.

Judul Drama : BERI SEDIKIT WAKTU
Jumlah Episod Penuh  : 15 Episod
Tarikh Siar : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Insheera Nordin 
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin 
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading
Senarai Pelakon Terlibat : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir


Senarai Watak Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu - Slot Samarinda TV3

  • Aqasha sebagai Imran
  • Zara Zya sebagai Hananiah
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir
  • Rayyan Iman sebagai Lukman
  • Ain Sufia sebagai Elly
  • Ummar Dzariff sebagai Imran 
  • Aryana Amani sebagai Sofea 


SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU

Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. 


Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. 

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. 

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?


SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU EPISODE 1

20 tahun yang lalu - Di dalam biliknya, Salehuddin sedang memukul isterinya Rohana. Rohana meminta ampun dari Salehuddin. Sallehuddin tidak hiraukan terus membelasah isterinya. Di sudut biliknya, Imran yang berusia 6 tahun sedang menangis ketakutan. Dia trauma dan panik. Sofia yang berusia 12 tahun, menerpa masuk dan memeluk adiknya dan memujuk. Imran berkata papa jahat papa jahat beberapa kali.


SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU EPISODE 2

Anak-anak Sofia berlari mendapatkan Sofia di dapur. Sofia juga kelam kabut kerana mendengar suara Imran marah-marah. Dia ke ruang tamu. Imran sedang mengemas plastik pembungkus hadiah dalam keadaan panik dan trauma. Sofia menyapa lembut, bertanya mengapa balik awal. Imran marahkan kakaknya, tak kira dia balik lambat atau awal, Sofia tak sepatutnya membiarkan anaknya menyemakkan rumahnya. Sofia meminta maaf, Sofia memujuk meminta Imran naik ke biliknya dan biar dia mengemaskan sofa. Imran enggan, dia melakukannya dengan perasaan marah. Sofia terpaksa membiarkan. Anak-anaknya menjenguk, Sofia minta semua ke dapur semula senyap-senyap. Di rumah Hananiah, dia sedang kelam kabut mengemas pakaiannya dan pakaian Luqman lalu dimasukkan ke dalam beg. Hananiyah memberitahu Luqman mereka akan balik kampung ke rumah neneknya, Halimah. Bagaimanapun apabila Hananiyah keluar dari rumah, beberapa orang penarik kereta sedang mengambil keretanya. Hananiyah terkejut dan panik apabila keretanya dibawa pergi oleh mereka. Salah seorang lelaki membalingkan sampul surat kepadanya.


SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU EPISOD 3

Hananiyah terduduk di bangku laman membawa notis bank kereta yang tidak dibayar selama enam bulan. Hananiyah menangis sambil memeluk anaknya. Menjelang malam, Hananiyah sampai di kampung menaiki teksi. Halimah terkejut melihat anaknya pulang tanpa suami. Hananiyah memberi alasan Farhan out station. Halimah tidak percaya. Hananiyah terpaksa berterus terang. Halimah mahu Hananiyah mengesahkan perceraian di mahkamah dan menuntut nafkah Luqman dari Farhan. Halimah tidak kisah Hananiyah mahu tinggal bersamanya. Tetapi bagaimana perbelanjaan dia dengan anaknya. Hananiyah bercadang meninggalkan Luqman bersama Halimah. Tetapi melihat keadaan Halimah yang uzur, dia membatalkan hasrat. Hananiyah kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan akhirnya juga dia sah diceraikan Farhan di mahkamah. Bagaimanapun, baru masuk hari kedua bekerja tanpa disangka, suasana menjadi tegang apabila Imran tidak puas hati cara Hananiyah menyusun tuala di bilik mandi. Hanya kerana susunan tidak mengikut saiz, Imran pantas menelefon Sofia. Sofia memberitahu Hananiyah Imran mahu berjumpanya besok. Imran terkejut melihat Hananiyah yang disangka perempuan berumur sedangkan dia masih muda dan cantik. Bagaimanapun Imran tidak berkompromi dengan kesalahan Hananiyah. Tanpa memandang Hananiyah, dia terus memecat Hananiyah. Hananiyah terkejut.



SINOPSIS DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU EPISOD 4

Hananiyah merayu untuk tidak memecatnya. Dia berjanji ini kesalahannya yang terakhir. Pada mulanya Imran tidak mahu mendengar rayuan Hananiyah. Hananiyah terus memeluk kaki Imran, merayu supaya dia tidak dipecat. Melihat tindakan Hananiyah, tiba-tiba kemarahan Imran menghilang. Kemarahannya bertukar menjadi simpati. Dia menerima Hananiyah bekerja semula. Hananiyah lega dan bersyukur dapat bekerja kembali. Selepas ini dia mesti lebih berhati-hati. Dia menyuruh Luqman duduk diam di dalam setor. Kalau Imran tahu anaknya ada di sana tentu Imrah tidak teragak-agak memecatnya. Imran sibuk di tempat kerja. Hananiyah sibuk mengemas. Dia jugak mengambil peluang untuk masak makanan untuk dia dan Luqman. Selesai memasak dia pastikan dapur bersih tip top. Setiap hari begitulah rutinnya. Sesekali, waktu siang dia keluar ke kedai membeli barang. Hananiyah gelisah. Malam itu Imran pulang ke rumah dan terus ke dapur. Di atas meja, tersedia hidangan yang disediakan Hananiah berserta kad ucapan ‘Terima kasih kerana tidak memecat saya’ -Hananiah. Imran merenung hidangan makan malam itu. Mulanya dia mencemik dan hanya memeriksa sahaja makanan itu. Hananiah mengintai ari tingkap, berdebar mahu melihat reaksi Imran. Kemudian dia melihat Imran mula merasa masakannya nya. Imran menikmati kelazatan masakan tersebut. Hanniah teruja dan gembira. Baharu sahaja hendak menyuap lagi, tiba-tiba Imran mendengar bunyi di luar dapurnya.




This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post