-->

Monday, October 19, 2020

author photo

Telefilem Bila Tiba Saatnya - Telefilem Bila Tiba Saatnya menampilkan gandingan pelakon Shazwan Zulkifli, Nazim Othman, Rusdi Ramli, Niena Baharun, Faezah Elai, Kamal Ibrahim dan Jy Iswasir. 



Tonton Telefilem Bila Tiba Saatnya - https://youtu.be/Jkv2AD-TgrI


Sinopsis Bila Tiba Saatnya 

Mengisahkan dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama. Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya. Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat. Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post